quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Ia malam sempurna buat Pablo

Pep Guardiola puji kemenangan Man City 3-1 ke atas West Brom sebagai hadiah perpisahan terbaik buat Pablo Zabaleta.

Pemain bek kanan Argentina itu akan mengakhiri kariernya selama sembilan tahun di kelab akhir musim ini telah bermain perlawanan terakhirnya di Stadium Etihad dalam kemenangan menentang the Baggies, selepas diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-60.

Mengulas malam yang penuh menyentuh hati itu, Guardiola gembira dengan sambutan hebat yang diterima Zabaleta untuk perpisahannya.

THANK YOU ZABA: The fans acknowledge a Club legend

“Ia malam sempurna buat Zabaleta, saya telah saksikan pengaruhnya kepada kelab ini, " ujar Guardiola.

“Saya telah saksikan ramai penyokong perempuan menangis. Dia telah ‘memberikan’ segala jiwa raganya di atas padang perlawanan. Ia merupakan malam sempurna buatnya dan juga keluarganya.

Image result for city fans crying for zabaleta

“Dia adalah seorang legenda sebagaimana Joe Hart, Vincent Kompany, Yaya Toure, Sergio Aguero, David Silva.. Dia datang dan menjadikan kelab ini istimewa.”

Guardiola turut gembira dengan permainan berpasukan City dan mengharapkan dapat menyaksikan persembahan serupa yang lebih kerap musim depan.

“Kami telah bermain menentang satu pasukan kuat dengan fizikal mereka, kami hanya terlepas dua tendangan penjuru dan dua sepakan percuma.

Image result for man city 3-1 west brom 2017

“Kami telah mencipta begitu banyak peluang, terbolos satu dan menjaringkan gol-gol yang kami berhak.

“Kami menguasai permainan. Setiap kali kami kehilangan bola kami berjaya merampasnya semula dan kembali menyerang.

“Mereka tiba di kotak penalti sekali dan menjaringkan satu gol, kami tiba banyak kali dan hanya menjaringkan tiga gol. Saya pasti kami bertambah bagus dari segi tersebut musim depan.

Image result for man city 3-1 west brom 2017

“Musim ini di tempat sendiri kami tidak cukup bagus. Kami sudahi tiga perlawanan terakhir dengan baik tapi sebab mengapa kami tidak berjuang ke akhirnya untuk merebut juara ialah kerana kami kehilangan begitu banyak mata.

“Diharap, musim depan ia tidak akan berlaku lagi.

Pengurus turut memberi pujian khas kepada kapten Vincent Kompany dan penjaring gol terbanyak Sergio Aguero.

Image result for man city 3-1 west brom 2017 kompany

“Vincent Kompany telah bermain dengan hebat dan juga Sergio.

“Aguero tidak menjaringkan gol hari ini tapi dia telah membantu kami dari segi bantuan jaringan. Anda perlu banyak bermain sebagai seorang penyerang.

“Saya rasa Sergio mempunyai kualiti bukan hanya menghasilkan gol tapi juga mencipta ruang di belakang para pemain pertahanan. Dia ada kualiti untuk melakukan hantaran dengan baik. Saya amat gembira untuknya.

Image result for man city 3-1 west brom 2017 aguero

“Dia telah membantu jaringan pertama dan juga gol kedua dengan kerjasama Yaya Toure serta membantu gol ketiga. Dia telah bermain dengan mantap sekali.”

City memerlukan sekurang-kurangnya satu mata di perlawanan terakhir mereka musim ini dalam kunjungan ke Watford Ahad ini untuk menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Guardiola menegaskan yang pasukannya menyasar untuk menamatkan musim ini dengan secemerlang mungkin.

Image result for man city 3-1 west brom 2017 aguero

“Kami akan ke London untuk menjamin tempat ketiga.

“Saya tak mengatakan ia sudah terselamat (tempat keempat) tapi Arsenal perlu menjaringkan banyak gol untuk memintas kami (sekiranya City kalah).

HELLO, HELLO: Pep Guardiola acknowledges the City fans

“Kemenangan ke atas West Brom cukup bagus sebagai perlawanan terakhir musim ini di Stadium Etihad.

“Kami mahu satu lagi permainan bagus untuk mengakhiri di tempat ketiga bagi menjamin laluan langsung ke Liga Juara-Juara Eropah.”

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan lawan West Brom ibarat final

Manchester City akan diperkuatkan dengan kembalinya John Stones dalam skuad untuk perlawanan terakhir di laman sendiri musim ini menentang West Bromwich Albion, malam Rabu.

Previu Perlawanan Pep Guardiola vs West Brom

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke UCL

City memperkukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menang 2-1 ke atas Leicester hari Sabtu.

Laporan perlawanan Manchester City vs Leicester City

Berita Pasukan Utama

Pep puji ‘keberanian’ pengadil

Pep Guardiola menyifatkan pengadil Robert Madley sebagai ‘berani’ selepas membatalkan sepakan penalti Leicester dalam kemenangan City 2-1 di Stadium Etihad.

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Leicester