quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Zabaleta menamatkan karier di City

Pablo Zabaleta akan meninggalkan City pada akhir musim ini dengan menutup tirai selama sembilan tahun bersama the Citizens.

Pemain yang mewakili Argentina sebanyak 58 kali itu akan menamatkan kontraknya musim panas ini dan telah memaklumkan kelab akan berhijrah ke tempat baru, namun meninggalkan banyak kenangan indah.

Para peminat berpeluang menunjukkan penghargaan buat salah seorang pemain paling setia buat kelab dan disayangi para penyokong dalam perlawanan terakhir di laman sendiri musim ini menentang West Brom, malam Rabu ini.

Image result for zabaleta signed for city 2008

Meskipun terdapat beberapa pemain pasukan utama masih dipertimbangkan kontrak mereka, situasi Pablo yang sudah muktamad.

Zabaleta merupakan salah seorang pemain paling popular City  dengan semangat dan rasa penuh cintanya pada kelab yang ditunjukkan dan memberi segalanya buat pasukan sepanjang tempoh sembilan tahun.

Image result for zabaleta goal v wigan 2009

Dengan 332 penampilan sejak berpindah dari Espanyol dengan bayaran hanya £6.5 juta, Zaba telah menyertai City sehari sebelum Sheikh Mansour diumumkan sebagai pemilik baru kelab tahun 2008.

Hanya Joe Hart dan Vincent Kompany yang bersama City lebih lama untuk pasukan yang ada sekarang. Hart ditandatangani tahun 2006 dan Kompany pula pada tahun sama Zabaleta menyertai City tapi sembilan hari lebih awal.

Image result for zabaleta 2008

Beliau tampil kali pertama buat City pada September 2008 pada hari sama Robinho tiba dalam kemenangan Chelsea 3-1 di Stadium Etihad. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Wigan Athletic pada Januari 2009.

Image result for zabaleta goal v wigan 2009

Sejak dari itu, pemain bek kanan yang kental ini memahat namanya di hati para peminat City dan kekal sebagai idola sepanjang masanya di Stadium Etihad.

Ayahnya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang serius sebelum City berjaya ke final Piala FA tahun 2011 dan Pablo terbang pulang ke Argentina untuk menemani ayahnya.

Image result for zabaleta FA Cup 2011

Sekembalinya di Manchester bertepatan pada hari perlawanan akhir dan beliau diturunkan pada minit ke-88 menggantikan Carlos Tevez yang kemudian membawa City menamatkan penantian trofi utama selama 35 tahun dengan kemenangan 1-0 ke atas Stoke di Wembley, kendalian Tony Pulis.

Pablo berkongsi posisi di pertahanan kanan dengan Micah Richards semasa kempen 2011/12 namun golnya yang telah memecah kedudukan terikat di perlawanan terakhir musim menentang QPR yang kemudian membawa City menjulang piala Liga Perdana Inggeris dengan penuh dramatik.

Image result for zabaleta goal vs qpr

Beliau telah dinobat sebagai Pemain Terbaik City untuk musim 2012/13 dan menjadi kapten pasukan beberapa kali semasa ketiadaan Kompany. Pada akhir musim beliau turut diundi untuk Pasukan Terbaik Tahunan PFA.

Zabaleta telah menambah satu lagi piala Liga Perdana Inggeris tahun 2014, juga Piala Capital One yang merupakan musim terbaik buatnya dari segi jumlah piala dan penampilan dengan 48 kali beraksi di kesemua kejohanan.

Image result for zabaleta FA Cup 2011

Pada musim ini beliau bermain sebanyak 30 kali setakat ini dan menjaringkan dua gol untuk menjadikan 12 gol keseluruhannya buat kelab.

Terima kasih Zabaleta dari kami semua di Man City dan selamat maju jaya!

Berita Pasukan Utama

Stones dan Aguero dapat beraksi lawan Leicester

John Stones dan Sergio Aguero dalam senarai pemilihan pemain untuk skuad Pep Guardiola menentang penyandang juara liga, Leicester di Stadium Etihad hari Sabtu ini.

Previu Pep Guardiola Man City vs Leicester

Berita Pasukan Utama

De Bruyne Raja pembantu jaringan EPL

Dua bantuan jaringan dalam kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu telah meletakkan Kevin De Bruyne sebagai pembantu jaringan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris.

Laporan Perlawanan

Aksi lima bintang City tumbangkan Palace

Avatar Pengguna Daftar masuk

The Citizens mempersembahkan aksi lima bintang selepas mendahului 1-0 di babak pertama dengan menambah empat gol lagi di separuh masa kedua dalam persembahan antara terbaik Liga Perdana Inggeris di laman sendiri musim ini.

City naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumbangkan Crystal Palace 5-0 di Etihad- laporan perlawanan