quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Ucapan perpisahan Zabaleta

Pablo Zabaleta menyampaikan mesej perpisahan yang penuh menyentuh hati kepada para peminat City selepas penampilan terakhirnya di Stadium Etihad dalam kemenangan 3-1 ke atas West Brom.

Pemain pertahanan Argentina yang telah memahat namanya sebagai antara pemain legenda City berikutan selepas sembilan tahun mengabdikan diri buat kelab akan memulakan kariernya di tempat lain akhir musim panas ini.

CAPTAIN: Vincent Kompany gives Pablo Zabaleta the captain's armband.

Beliau diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-60 menggantikan Vincent Kompany di perlawanan terakhir City di laman sendiri musim ini malam Rabu sebelum perlawanan penutup di Watford Ahad depan dan Kompany memakainya pelilit lengan kapten untuk memimpin pasukan seterusnya.

Para peminat telah mengundi Zabaleta sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, sebagai penghormatan terakhir buat pemain yang terkenal dengan keberanian, kental dan cekal walaupun kepala berdarah, dan digelar dengan Zabaleta berhati singa (Lion of Heart).

WAVE: Pablo says goodbye.

Pablo mendapat pengiktirafan atas peranan pentingnya yang telah membantu City merangkul dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan dua Piala Liga dan satu Perisai Komuniti sepanjang keberadaannya di kelab dengan 322 penampilan dan 11 gol.

Selepas wisel perlawanan tamat, Zabaleta bersama anaknya Asier dan isterinya Christel diiringi rakan-rakan sepasukan masuk ke padang yang mendapat tepukan gemuruh dari para penyokong City yang setia menanti, meskipun ia perlawanan berakhir agak lewat di malam Rabu, di mana kebanyakannya warga pekerja dan anak-anak sekolah.

FAMILY: Pablo Zabaleta with his wife and son.

Para penyokong tidak berhenti menyanyikan nama Zabaleta dari wisel permulaan hinggalah perlawanan berakhir kerana mereka tahu, mereka tidak akan dapat menyaksikan lagi pemain kesayangan mereka beraksi dengan memakai jersi biru langit selepas ini.

Pablo mendedahkan detik terindahnya sebagai pemain City ialah semasa kemenangan ke atas Manchester United dalam perlawanan separuh akhir Piala FA tahun 2011 yang disambut hilaian ketawa dan tepukan peminat.

Image may contain: 1 person, crowd

Zaba telah dihadiahkan kad musim untuk seumur hidup di kelab yang membolehkan beliau menonton mana-mana perlawanan City secara percuma selagi mana dia inginkan.

Pemain berusia 32 tahun itu mengakui yang beliau tidak akan melupakan segala kenangan manis semasa di Manchester.

“Ini merupakan detik paling beremosi sepanjang karier saya di City,” ujar Zaba.

Pablo ZabaletaPablo ZabaletaImage may contain: one or more people and crowd

“Ketika pertama kali saya tiba di Manchester, saya tidak pernah terlintas akan kekal begitu lama di sini dan ia merupakan era berbeza buat kelab ketika itu.

“Namun hakikatnya sejak berada di sini dari hari pertama ia sesuatu yang telah membuatkan saya merasa amat bangga.

“Ia merupakan sembilan tahun yang penuh indah di sini.

#OURZAB: Thank you Pablo Zabaleta.

“Namun dalam hidup, kadang-kadang anda perlu melakukan keputusan sukar dan saya sentiasa memikirkan yang terbaik untuk diri saya, keluarga saya dan terutamanya untuk kelab.

“Saya fikir saya telah melakukan cukup dan ia masa yang sesuai untuk saya memulakan kehidupan baru, namun percayalah, saya amat mencintai kelab ini dengan sepenuh hati.

AIRBORNE: Zabaleta gets thrown into the air by his teammates.

“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan setiap mereka yang terkait dengan kelab, kepada Sheikh Mansour, Khaldoon Al Mubarak, majlis tertinggi dan seseiapa sahaja di kelab bola sepak ini.

“Mereka telah menjadikan saya seorang pemain lebih bagus dan seorang individu lebih baik, dan ia satu penghormatan dan kebanggaan dapat menyarung jersi ini.

“Dari sudut hati saya, terima kasih buat semua peminat.”



Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan lawan West Brom ibarat final

Manchester City akan diperkuatkan dengan kembalinya John Stones dalam skuad untuk perlawanan terakhir di laman sendiri musim ini menentang West Bromwich Albion, malam Rabu.

Previu Perlawanan Pep Guardiola vs West Brom

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke UCL

City memperkukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menang 2-1 ke atas Leicester hari Sabtu.

Laporan perlawanan Manchester City vs Leicester City

Berita Pasukan Utama

Pep puji ‘keberanian’ pengadil

Pep Guardiola menyifatkan pengadil Robert Madley sebagai ‘berani’ selepas membatalkan sepakan penalti Leicester dalam kemenangan City 2-1 di Stadium Etihad.

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Leicester