quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kompany: Piawai telah ditetapkan

Vincent Kompany memimpin Man City dalam kemenangan selesa 5-0 di perlawanan penutup Liga Perdana Inggeris di Watford telah mencabar rakan-rakan sepasukannya untuk meneruskan prestasi sama di musim baru Ogos nanti.

Kompany yang sekali lagi tampil cemerlang membawa pasukan Pep Guardiola mendahului perlawanan untuk mereka melabuhkan tirai musim 2016/17 dengan bergaya.

Kemenangan tersebut cukup untuk menjami City di tempat ketiga dan layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim depan tanpa perlu bermain ‘play-off’ di bulan Ogos.

Dengan majoriti para pemain City kini bersiap untuk bercuti sebelum pramusim, Kompany berkata ia penting untuk skuad City mengutip apa yang dapat dibawa ke musim baru nanti.

“Kami telah tunjukkan betapa kualiti yang ada dalam pasukan ini dan tahap yang perlu dicapai. Saya percaya cara anda tamatkan musim ini membawa anda ingin memulakan musim baru secepat mungkin yang boleh.

“Kadang-kadang tiba hari anda memakai kasut but dan segalanya berlaku berpihak kepada anda, dan itulah yang telah berlaku pada hari ini.

“Kami amat agresif dalam mengekalkan posesi tapi kami perlu betul-betul fokus pada detik-detik penting semasa dalam kotak penalti.”

Kompany scores with header

Gol Kompany merupakan yang ketiga dihasilkannya musim ini dari lapan penampilan terakhir dan selepas menghabiskan masa pada musim ini dengan direhatkan akibat cedera, pemain pertahanan Belgium itu telah menunjukkan beliau kini kembali pada prestasi terbaiknya.

Vincent, 31, berkata yang beliau percaya perubahan prestasinya akhir musim ini adalah hasil berfikiran positif.

“Saya amat gembira dapat menyumbangkan gol dan menang tanpa bolos. Hakikatnya, musim saya telah pun berakhir dan terkubur dari awal musim tapi setiap minit amat bernilai buat saya untuk diperjuangkan.

Image result for kompany 2017

“Apabila anda bermain untuk sesebuah kelab besar, walaupun anda tidak sampai ke final, bila-bila masa anda merasa ia berharga untuk diperjuangkan.

“Musim ini ia sepe

Berita Pasukan Utama

Silva, De Bruyne dan Aguero disenarai pendek

Pusingan pertama untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad musim 2016/17 telah berakhir dengan Kevin De Bruyne, David Silva dan Sergio Aguero disenarai pendek.

Silva, De Bruyne dan Aguero disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik Musim 2016/17. Siapakah pilihan anda?

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Perlawanan Ahad ini final sebenar

Laporan Perlawanan

City menang bergaya ke atas West Brom

City kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan West Bromwich Albion 3-1 di perlawanan terakhir di Stadium Etihad musim ini.

Laporan perlawanan Manchester City lwn West Bromwich Albion