quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami akan lawan West Brom ibarat final

Manchester City akan diperkuatkan dengan kembalinya John Stones dalam skuad untuk perlawanan terakhir di laman sendiri musim ini menentang West Bromwich Albion, malam Rabu.

Stones tidak beraksi sejak kemenangan ke atas Hull City pada 8 April namun kembali dalam senarai pemilihan pemain kali ini. Sementara rakan senegara, Fabian Delph tidak dapat bermain hingga ke akhir musim berikutan kecederaan kaki.

Image result for John Stones training man city 2017

Menjelang perlawanan nanti, Guardiola menyeru para peminat untuk turun menyokong pasukan bagi membantu City menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, terutama ia perlawanan terakhir Pablo Zabaleta di kediamannya selama sembilan tahun.

“Saya amat hormati mereka, pemain dan pengurus yang bersama kelab buat tempoh masa yang lama.

“Pengaruh Pablo di City cukup hebat, dia merupakan antara pemain pertama yang datang ke sini, dia telah membantu kelab ini ke tahap yang ada sekarang.

Related image

“Diharap semua peminat akan hadir untuk menyokong kami kerana kami masih bermain untuk sasaran penting, dan melahirkan rasa penghargaan ke atas salah seorang pemain paling penting dalam sejarah Manchester City.”

Guardiola mengelak untuk mengulas panjang tentang masa depang para pemain lain dalam skuad dengan kekal fokus pada dua perlawanan terakhir City musim ini dengan kunjungan ke Watford selepas West Brom.

Image result for pep and tony pulis

“Perlawanan hari Selasa cukup penting, kemudian selepas hari Ahad depan kami akan mula fokus dan lihat keputusan-keputusan yang perlu diambil.

“Buat masa sekarang, ia penting untuk memikirkan tentang masa sekarang, pada akhir musim ini kami akan mengulas tentang kontrak para pemain.

Menyentuh pasukan pelawat West Brom, “ Mereka adalah pasukan profesional, mereka akan bermain untuk menang, pasukan Tony Pulis tidak bermain tanpa sebarang matlamat, ia ibarat final sebenar buat kami dan kami akan turun penuh bersedia.”

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke UCL

City memperkukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menang 2-1 ke atas Leicester hari Sabtu.

Laporan perlawanan Manchester City vs Leicester City

Berita Pasukan Utama

Pep puji ‘keberanian’ pengadil

Pep Guardiola menyifatkan pengadil Robert Madley sebagai ‘berani’ selepas membatalkan sepakan penalti Leicester dalam kemenangan City 2-1 di Stadium Etihad.

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Leicester

Berita Pasukan Utama

Zabaleta menamatkan karier di City

Pablo Zabaleta akan meninggalkan City pada akhir musim ini dengan menutup tirai selama sembilan tahun bersama the Citizens.

Zabaleta menamatkan karier di City