quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bernardo Silva setuju sertai Man City dari Monaco

Manchester City sukacita mengesahkan yang Bernardo Silva akan menyertai kelab dari Monaco pada 1 Julai.

Pemain tonggak asal Portugal ini akan tiba di Stadium Etihad selepas membantu AS Monaco menjuarai Ligue 1 Perancis dan turut membawa pasukannya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Bernardo memulakan kariernya di Benfica di mana beliau menyerlah bersama pasukan B dalam Divisyen Kedua (Segunda Division), dan pada musim panas 2013 beliau beraksi dalam kejohanan Piala Eropah Bawah-18 dimana beliau dinamakan antara 10 pemain paling berbakat oleh para wartawan UEFA selepas membantu Portugal ke semifinal.

SIGNING: Bernardo Silva signs the dotted line

Beliau berpindah ke Monaco pada tahun 2014 untuk pinjaman semusim dan tampil bermain sebanyak tiga kali buat pasukan utama Benfica, namun permainannya yang mantap di Perancis semasa tempoh pinjaman enam bulan telah membawa kepada kontrak kekal.

Musim pertama Silva di Monaco telah membawa pasukan tersebut menjuarai Ligue 1 dan berjaya sampai ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dimana mereka mengalahkan Arsenal di peringkat 16 akhir selepas permainan cemerlang di Stadium Emirates.

HAPPY: Bernardo shows his teeth for the camera

Pada musim berikutnya, pasukan kendalian Leonardo Jardim dengan revolusi menyerang bermula pada musim 2016.17.

Bersama-sama dengan Radamel Falco, Fabino, Benjamin Mendy, Thomas Lemar dan Kylian Mbappe, Silva menjadi antara tonggak dalam Monaco menjuarai liga utama Perancis dan berjaya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah, dimana mereka menewaskan Tottenham di kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum menyingkirkan City dan Borussia Dortmund untuk separuh akhir.

Silva tussles with Gael Clichy during the recent Champions League clash

Silva tampil sebanyak 51 kali buat Monaco musim lalu dengan menjaringkan 10 gol dan membantu 10 gol lagi menjadikannya salah seorang pemain yang diingini di Eropah.

Beliau mewakili pasukan kebangsaan Portugal peringkat senior pertama kali pada tahun 2015 semasa perlawanan menentang Cape Varde dan kini sudah mencecah 12 kali.

Perjanjian antara City dan Silva menamatkan spekulasi minat dari kelab-kelab ternama Eropah lain.

NUMBER 20: Silva will wear number twenty for City

Pemain berusia 22 tahun yang berhasrat untuk menyarung jersi bernombor 20 mulai musim depan berkata:

“Ia perasaan gembira dapat menyertai salah satu pasukan terbaik dunia, menjadi sebahagian dari kelab ini dan diberik peluang hebat ini.

“Saya amat gembira menjadi sebahagian dari pasukan Manchester City dan tidak sabar untuk cuba melakukan yang terbaik bagi membantu pasukan mencapai cita-cita mereka.

SELFIE: Bernardo takes a selfie with some fans

“Jika bukan pengurus terbaik dunia, Pep adalah salah seorang yang terbaik.

“Sudah tentu apabila anda diberi peluang berlatih di bawah bimbingan Guardiola, nescaya anda tidak akan katakan, tidak.

“Sebagaimana kita semua tahu apa yang beliau telah lakukan di Barcelona dan Bayern Munich adalah sesuatu yang hebat dan kita turut menjangkakan dia akan turut memenangi banyak piala di sini.

“Ia pasti menarik dapat bekerja dengannya dan diberi peluang ini.”

Berita Pasukan Utama

Willy Caballero tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang Willy Caballero akan meninggalkan kelab apabila kontraknya berakhir pada akhir bulan Jun ini.

Willy Caballero akan meninggalkan kelab akhir musim panas selepas kontraknya tamat.

Berita Pasukan Utama

Gael Clichy tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang Gael Clichy akan meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat pada 30 Jun ini.

Gael Clichy akan tinggalkan Manchester City akhir musim panas ini selepas kontraknya tamat.

Berita Pasukan Utama

Bacary Sagna tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang pemain pertahanan Bacary Sagna akan meninggalkan kelab akhir musim panas ini.

Bacary Sagna akan tinggalkan Manchester City selepas kontraknya tamat.