quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Perlawanan Ahad ini final sebenar

Pep Guardiola telah menyifatkan perlawanan hari Ahad ini menentang Watford sebagai yang betul-betul ‘terakhir’.

Bos Manchester City tahu kemenangan di Vicarage Road nanti akan memastikan pasukannya menamatkan musim ini di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris, sekaligus layak ke Liga Juara-Juara Eropah secara automatik musim depan untuk mengelak dua perlawanan ‘play-off’ yang menyusahkan.

Perlawanan penutup musim ini jelas penting dan Guardiola mengakui yang para pemainnya merasa tertekan untuk mencatat prestasi baik musim ini, namun percaya mereka sudah terbiasa melalui situasi sukar.

“Ia perlawanan penting buat kami, ia betul-betul final, “ tegas Pep.

FULL FOCUS: Boss Pep Guardiola

“Ia di tangan kami. Kami perlu memenanginya menentang satu pasukan bagus yang bermain di laman mereka sendiri.

“Jadi esok kami akan turun ke London melakukannya.

“Ia semua bergantung pada kami. Ia bukan bergantung pada Arsenal atau Liverpool. Kami perlu ke sana dan menang dalam perlawanan.”

Selepas menang 10 perlawanan pertama berturut-turut di kesemua kejohanan musim ini dan di kedudukan selesa Liga Perdana Inggeris, City kemudiannya tergelincir yang telah membawa Chelsea dan Spurs memintas dalam perlumbaan merebut juara.

Image result for chelsea champions 2017

Chelsea yang telah dimahkotakan sebagai juara liga musim ini akan turun di perlawanan terakhir berbeza 15 mata dari City, sementara Tottenham di tempat kedua dengan perbezaan 8 mata.

Guardiola yang sebelum ini telah merangkul 21 piala utama sepanjang tujuh tahun kariernya sebagai penguru sebelum tiba di sini mengakui yang skuadnya perlu banyak untuk diperbaiki jika mereka ingin mencapai sasaran mereka.

Namun Pep menegaskan yang beliau gembira dengan musim pertamanya di Stadium Etihad.

Related image

“Pasukan-pasukan bagus sentiasa berjuang hingga ke akhirnya.

“Selepas terkeluar dari saingan merebut juara Liga Perdana Inggeris kami seakan berhenti berjuang hingga akhir kerana dua pasukan lebih baik dari kami.

“Kami kehilangan banyak mata di tempat sendiri dan kami perlu perbaikinya lagi musim hadapan.

" Kami di prestasi bagus kini dengan menang tiga perlawanan berturut-turut di Stadium Etihad, tapi kami amsih ada 95 hingga 96 minit untuk berjuang.

Image result for pep smile man city

Pep menjelaskan harapannya untuk City musim depan yang lebih bagus berbanding musim pertamanya.

“Kami akan sudahi musim ini dengan 15 atau 17 mata di belakang juara, jurangnya terlalu jauh. Kami perlu lebih bekerja keras musim depan untuk mengurangkan jurang tersebut.

" Saya telah banyak belajar melalui para pemain saya, tentang bagaimana anda perlu lakukan untuk menjadikan para pemain ini lebih bagus dan memenangi perlawanan-perlawanan.

Image result for pep guardiola man city

"Liga ini hebat tapi ia sebelas pemain lawan sebelas pemain. Kami akan lakukan perubahan. Akan berlaku banyak perubahan dalam skuad musim panas ini.

Pep turut ditanya ke mana beliau dan keluarga akan bercuti selepas musim tamat dan sebelum memulakan kempen pramusim di Amerika Syarikat Julai nanti.

"Saya tidak bercuti. Saya tinggal di Manchester, anak-anak saya bersekolah jadi saya perlu berada di sini.

Bos diminat satu ayat menjelaskan musim pertamanya di City, katanya,“Saya amat gembira bekerja di kelab ini, itu yang penting.”

* Perlawanan penutup musim ini menentang Watford akan berlangsung hari Ahad, 21 Mei jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia. Ikuti liputang langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Laporan Perlawanan

City menang bergaya ke atas West Brom

City kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan West Bromwich Albion 3-1 di perlawanan terakhir di Stadium Etihad musim ini.

Laporan perlawanan Manchester City lwn West Bromwich Albion

Berita Pasukan Utama

Ucapan perpisahan Zabaleta

Pablo Zabaleta menyampaikan mesej perpisahan yang penuh menyentuh hati kepada para peminat City selepas penampilan terakhirnya di Stadium Etihad dalam kemenangan 3-1 ke atas West Brom.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Ia malam sempurna buat Pablo

Pep Guardiola puji kemenangan Man City 3-1 ke atas West Brom sebagai hadiah perpisahan terbaik buat Pablo Zabaleta.

Reaksi Pep Guardiola kemenangan City ke atas West Brom