quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Sane, Sterling dan Caballero bersaing untuk POTM

Raheem Sterling, Leroy Sane dan Willy Caballero telah dinamakan untuk merebut anugerah Pemain Terbaik Etihad Februari.

Kesemua tiga pemain telah mempamerkan persembahan cemerlang dalam bulan lepas dan ia pastinya sengit dan menarik untuk lihat siapa yang bakal diundi para peminat City.

Sterling tampak berbisa dengan menyumbat beberapa gol dan juga bantuan gol untuk rakan sepasukan untuk membantu Blues bermain tanpa kalah sepanjang Februari.

Image result for raheem sterling february 2017

Pemain sayap England itu telah mengekalkan usaha kerasnya dalam beberapa bulan lepas dan sangat layak untuk diberi komen positif dari pelbagai pihak.

Sane telah menjadi pujaan para peminat dalam masa yang singkat dengan gaya permainannya di bahagian sayap. Dia mempunyai kepantasan, kekuataan dan teknik yang sangat bagus untuk memukau para penyokong dengan penggelecekan yang mantap.

Image result for leroy sane february 2017

Mampukan Leroy memenangi anugerah Etihad buat pertama kali?

Akhir sekali, Caballero telah melalui bulan yang mengagumkan pada Februari.

Banyak persembahan cemerlangnya tetapi penyelamatan penting sepakan penalti semasa lawan Monaco dan tangkisan babak akhir dengan kakinya telah memberi Blues peluang cerah untuk ke peringkat seterusnya.

Image result for willy caballero february 2017

Dia juga membuat dua penyelamatan penting perlawanan semasa menentang Bournemouth dan nampak yakin setiap kali bermain.

Tiga pencalonan yang mantap dan jangan lupa untuk mengundi pemain pilihan anda.

Undi di sini sekarang!

Berita Pasukan Utama

Pep umum Sagna tidak akan bermain lawan Chelsea

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji permainan Navas

Pep Guardiola menjelaskan persembahan permainan Jesus Navas di bek kanan sebagai ‘cemerlang’ selepas seri 2-2 dengan Arsenal.

Berita Pasukan Utama

Sane: Kami boleh kalahkan Chelsea!