quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

10 perkara anda perlu tahu tentang Bernardo Silva

Segala yang anda perlu tahu tentang pemain baru City Portugis ini...

1 Nama panjang

Nama penuhnya adalah Bernardo Mota Veiga de Carvalho e Silva

Image result for bernardo silva benfica

2 Lahir dan dibesarkan

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1994 di Lisbon, Portugal

3 Pemain muda berbakat

Beliau memulakan kariernya bersama Benfica di peringkat remaja pada usia lapan tahun sebelum terus menyinar ke peringkat senior.

Image result for bernardo silva benfica

4 Penampilan pertama di usia muda

Bernardo tampil kali pertama buat pasukan senior Benfica pada umur 18 tahun pada musim 2013/14 ketika kelab merangkul tiga piala utama.

5 Kejayaan individu

Beliau beraksi kebanyakannya untuk skuad B, namun telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik di Liga Kedua (Segunda Liga) musim 2013/14 dengan memenangi Pemain Terbaik bulan Oktober, Disember dan Januari.

Fernandinho has some consoling words for Bernardo after Monaco's 5-3 Etihad defeat

6 Bintang antarabangsa

Beliau memainkan peranan penting untuk pasukan kebangsaan Portugal Bawah-21 yang menjadi naib juara Piala Eropah 2015 dan telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik Kejohanan, sebagaimana dalam kejohanan Piala Eropah Bawah-19 tahun 2013.

Image result for bernardo silva portugal u21

7 Perkaitan dengan Perancis

Pada Ogos 2014, beliau menyertai AS Monaco untuk pinjaman semusim yang kemudian berpindah secara kekal pada Januari 2015.

8 Keajaiban Monaco

Beliau tampil sebanyak 132 kali buat Monaco membantu kelab tersebut menjuarai Ligue 1 pada musim 2016/17. Dia turut dinamakan dalam Pasukan Terbaik Ligue 1 pada tahun sama.

Job done - the Monaco players celebrate beating City 3-1

9 Majikan akan datang

Beliau telah bermain menentang City semasa perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2016/17 apabila Monaco mara ke semifinal dengan agregat 6-6, namun dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Silva tussles with Gael Clichy during the recent Champions League clash

10 Sepuluh persepuluh

Bermain secara tradisi di posisi nombor sepuluh, beliau dikagumi dengan pergerakannya, kemahiran menggelecek dan kehebatan kaki kirinya. Beliau telah disamakan dengan David Silva dan telah menjaringkan gol cantik buat Monaco dalam kemenangan 2-1 ke atas Tottenham di Wembley.

BACKGROUND: Can't wait to see him at the Etihad

Selamat datang Bernardo!

Berita Pasukan Utama

Willy Caballero tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang Willy Caballero akan meninggalkan kelab apabila kontraknya berakhir pada akhir bulan Jun ini.

Willy Caballero akan meninggalkan kelab akhir musim panas selepas kontraknya tamat.

Berita Pasukan Utama

Gael Clichy tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang Gael Clichy akan meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat pada 30 Jun ini.

Gael Clichy akan tinggalkan Manchester City akhir musim panas ini selepas kontraknya tamat.

Berita Pasukan Utama

Bacary Sagna tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang pemain pertahanan Bacary Sagna akan meninggalkan kelab akhir musim panas ini.

Bacary Sagna akan tinggalkan Manchester City selepas kontraknya tamat.