quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Jesus Navas tinggalkan City

Tempoh empat tahun Jesus Navas di Manchester City berakhir dengan pihak kelab mengesahkan yang beliau akan meninggalkan Stadium Etihad akhir musim panas ini.

Pemain sayap Sepanyol yang telah menyertai City pada musim panas 2013 dari Sevilla akan menamatkan kontraknya selepas tampil 77 perlawanan liga dengan 46 penampilan di bangku simpanan dengan menjaringkan empat gol.

Image result for navas signed for city

Sebagai tambahan, pemain berusia 31 tahun itu turut tampil lebih 50 penampilan di kesemua kejohanan dengan menyumbang empat gol dalam Piala Liga.

Selepas menjuarai Piala UEFA dan Copa del Rey sebanyak dua kali di negaranya, Sepanyol, Navas mencapai lebih banyak kejayaan sejak berpindah ke City.

Beliau merupakan antara tonggak yang menjamin kelab merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2013/14, pada musim pertamanya di Manchester.

Kempen itu turut membawa kemenangan Piala Liga buat Navas dan City, dengan the Citizens mengalahkan Sunderland 3-1 di perlawanan akhir di Sunderland.

Navas yang merupakan sebahagian skuad Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 juga Piala Eropah 2012 kemudiannya meraih kejayaan dalam Piala Liga 2016 dengan menjulang piala selepas kemenangan penalti penentuan yang penuh dramatik ke atas Liverpool berikutan seri 1-1 di masa biasa dan tambahan.

Image result for navas celebrate league cup

Meskipun dikenali dengan pergerakan lincah dan laju di bahagian sayap kanan, Navas turut menunjukkan bakat serba bolehnya di posisi bek kanan di bawah bimbingan Pep Guardiola dalam beberapa perlawanan.

Image result for navas and pep guardiola

Mengulas tentang Navas di City, Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain berkata: “Bekerja dengan Jesus menyeronokkan.

“Dia seorang yang bekerja keras, penuh dedidaksi, profesional dan berkeinginan untuk menang jelas ditunjukkannya setiap hari.

Image may contain: 16 people, people smiling, people standing

“Beliau menunjukkan bakat serba bolehnya beberapa kali musim ini dengan bermain di posisi bek penuh dan melakukannya penuh cemerlang.

“Saya ucapkannya yang terbaik untuk perpindahannya.”



Laporan Perlawanan

City sudahi musim dengan gemilang

Manchester City menutup musim 2016/17 dengan aksi lima bintang selepas menumbangkan Watford 5-0 di Vicarage Road, hari Ahad.

Laporan perlawanan penutup musim City menentang Watford

Berita Pasukan Utama

Kompany: Piawai telah ditetapkan

Vincent Kompany memimpin Man City dalam kemenangan selesa 5-0 di perlawanan penutup Liga Perdana Inggeris di Watford telah mencabar rakan-rakan sepasukannya untuk meneruskan prestasi sama di musim baru Ogos nanti.

Reaksi Vincent Kompany atas kemenangan 5-0 menentang Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.

Berita Pasukan Utama

Pep teruja dengan skuad Man City

Bos Pep Guardiola menjelaskan yang skuad Manchester City merupakan kumpulan pemain terbaik pernah dia bekerja bersama selepas the Citizens menyudahi musim ini di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 5-0 ke atas Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.