quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Gael Clichy tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang Gael Clichy akan meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat pada 30 Jun ini.

Clichy yang telah menyertai City pada tahun 2011 menghabiskan masa selama enam tahun di Stadium Etihad dengan menjuarai dua Liga Perdana Inggeris dan dua Piala Liga dan satu Perisai Komuniti.

Beliau merupakan sebahagian dari pasukan yang terkenal ketika City menamatkan penantian 44 tahun untuk menjulang piala Liga Perdana Inggeris dan bermain selama 90 minit dan turut menjuarai Piala Liga di Wembley ke atas Liverpool tahun 2016.

Image result for clichy joe hart 2011

Beliau tampil sebanyak hampir 200 kali buat City dengan menjaringkan tiga gol dan 11 bantuan jaringan.

Mengulas tempoh masanya di Stadium Etihad, Clichy berkata:

“Ia merupakan enam tahun yang amat istimewa buat saya di City.

Related image

“Memenangi empat piala utama dan membantu kelab menjadi salah satu kelab ternama dalam bola sepak Inggeris merupakan perjalanan hebat yang saya amat berbangga menjadi sebahagian darinya.

“Ia cukup hebat menyaksikan di mana kelab berada hari ini dan saya pasti akan hadir lebih banyak kejayaan buat kelab ini.”

Image result for clichy trophy

Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain turut mengulas tentang Gael, katanya: “Gael merupakan salah seorang pemain penting buat kelab bola sepak ini dan saya mahu mengucapkan yang terbaik buat masa depannya.

“Semenjak hari pertama saya di sini, dia merupakan seorang pemain cemerlang dengan cara beliau menonjolkan dirinya baik semasa perlawanan dan semasa sesi latihan.

Image may contain: 1 person, playing a sport, stadium and outdoor

“Dia merupakan sebahagian pemain penting dalam sebahagian detik istimewa kelab ini dan oleh sebab itu dia akan sentiasa diingati.”

Setiap kami di City mengucapkan selamat maju jaya buat Gael.

Image may contain: 2 people, people standing



Laporan Perlawanan

City sudahi musim dengan gemilang

Manchester City menutup musim 2016/17 dengan aksi lima bintang selepas menumbangkan Watford 5-0 di Vicarage Road, hari Ahad.

Laporan perlawanan penutup musim City menentang Watford

Berita Pasukan Utama

Kompany: Piawai telah ditetapkan

Vincent Kompany memimpin Man City dalam kemenangan selesa 5-0 di perlawanan penutup Liga Perdana Inggeris di Watford telah mencabar rakan-rakan sepasukannya untuk meneruskan prestasi sama di musim baru Ogos nanti.

Reaksi Vincent Kompany atas kemenangan 5-0 menentang Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.

Berita Pasukan Utama

Pep teruja dengan skuad Man City

Bos Pep Guardiola menjelaskan yang skuad Manchester City merupakan kumpulan pemain terbaik pernah dia bekerja bersama selepas the Citizens menyudahi musim ini di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 5-0 ke atas Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.