quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Silva Pemain Terbaik Etihad 2016/17

Undian dari para peminat City telah dikira dan David Silva mendapat jumlah undian terbanyak untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad musim 2016/17.

Dengan kerjasama Kelab Rasmi Penyokong Manchester City, pusingan pertama telah menyaksikan tiga pemain disenarai pendek iaitu Kevin De Bruyne, David Silva dan Sergio Aguero.

Anugerah ini berdasarkan persembahan permainan keseluruhan sepanjang musim, di kesemua kejohanan.

Image result for de bruyne silva aguero celebration

De Bruyne dengan 18 bantuan jaringan mengintai untuk anugerah keduanya di musim kedua berturut-turut selepas memenanginya musim lalu, di musim pertamanya bersama City.

Aguero pula dengan 33 gol musim ini memburu anugerah ketiganya sejak menyertai City tahun 2011.

Sementara Silva masih belum memenangi anugerah sama walaupun begitu menyerlah dan menjadi tonggak di bahagian tengah dengan permainan memukau dan kreatif sejak bersama City tahun 2010.

Dengan 60 penampilan, 13 gol dan 9 bantuan jaringan sepanjang musim lalu dan permainan yang konsisten sepanjang musim, maka selayaknya Silva atau lebih dikenali dengan panggilan El Mago (The Magician) memenanginya musim ini.

Image result for david silva celebrate 2017

Tahniah Silva, semoga terus menyinar bersama City di musim-musim mendatang!

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva setuju sertai Man City dari Monaco

Berita Pasukan Utama

10 perkara anda perlu tahu tentang Bernardo Silva

Berita Pasukan Utama

Willy Caballero tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang Willy Caballero akan meninggalkan kelab apabila kontraknya berakhir pada akhir bulan Jun ini.

Willy Caballero akan meninggalkan kelab akhir musim panas selepas kontraknya tamat.