quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep puji ‘keberanian’ pengadil

Pep Guardiola menyifatkan pengadil Robert Madley sebagai ‘berani’ selepas membatalkan sepakan penalti Leicester dalam kemenangan City 2-1 di Stadium Etihad.

Riyad Mahrez tergelincir semasa menyempurnakan sepakan penalti yang boleh membawa kepada 2-2 pada minit ke-77. Namun pengadil terpandang bintang Algeria itu menyentuh bola dengan kakinya dua kali sebelum menendang masuk melepasi Willy Caballeo.

Image result for man city 2-1 leicester leroy sane

“Dalam permainan golf ia tetap sama, apabila saya melihat reaksi dari Willy, saya faham serta merta yang ia merupakan dua sentuhan.

“Pengadil amat berani dalam melakukan keputusan sebegitu rupa. Saya pernah lihat ia berlaku sebelum ini, dalam satu masa lama dulu! Ia tidak biasa untuk seseorang melihat perkara begitu berlaku, tapi ia boleh berlaku.

“Mahrez sangat sukar mengawal situasi ketika itu. Dia boleh bermain menggunakan kedua-dua kakinya.

“Dia telah menggunakan kelebihannya semasa berhadapan dengan para pemain pertahanan dalam Liga Perdana Inggeris sepanjang musim ini. Dia seorang pemain hebat.”

“Leicester merupakan satu pasukan bagus, ia jelas dapat dilihat mengapa mereka telah menjuarai liga musim lalu. Kasper Schmeichel seorang pemain hebat termasuk dari segi hantaran, ia sukar melepasinya.

“Saya boleh katakan mereka adalah satu pasukan ternama.”

Image result for man city 2-1 leicester kasper

Bos City mengakui pasukannya terjerat dalam dua keadaan selepas masa rehat, sama ada mereka ingin mara ke pertiga akhir padang atau bertahan dengan kelebihan satu gol yang telah membawa pasukan kurang tersusun.

“Pada separuh masa kedua, kami tidak tahu sama ada mahu menyerang atau bertahan, anda tidak mahu terbolos satu lagi gol, jadi anda dalam dilemma.

“Saya faham situasi para pemain dan Leicester telah bermain dengan bagus di separuh masa kedua.

Image result for man city 2-1 leicester gabriel

“Kami membawa masuk Aguero untuk mencari satu lagi gol. Kedua-dua mereka, Gabriel Jesus dan Aguero ada banyak kualiti. Mereka boleh bermain bersama-sama.

“Kita tidak boleh lupa yang Gabriel bermain selepas tiga bulan direhatkan akibat cedera. Dia masih muda dan masih banyak perlu diperbaiki, tapi dia bersikap terbuka dan dia mahu ingin belajar.

“Secara keseluruhannya, hantaran terakhir kami tidak begitu betul dan kami hampir terlepas peluang memenangi perlawanan, tapi 10 minit masa tambahan kami telah bertahan dengan baik sekali.

Image result for man city 2-1 leicester celebrate

“Tahniah kepada pasukan, hari Selasa ini kami perlu hadapi West Brom dan mereka mempunyai jenis penyerang berlainan berbanding Vardy dan Okazaki.”

Guardiola turut memberi pujian khas kepada Pablo Zabaleta yang menerima sambutan hangat para peminat ketika beliau diturunkan dari bangku simpanan lewat perlawanan.

Image result for man city 2-1 leicester zabaleta

“Ia penting mempunyai para pemain seperti Pablo dalam pasukan. Ia mengambil masa untuk mempunyai pemain sepertinya dalam pasukan, sama seperti Yaya dan Sergio.

“Saya harap dapat mempunyai lebih ramai pemain Inggeris atau pemain Akademi seperti para pemain ini, dan saya pasti ia akan menjadi realiti di masa depan.”

Berita Pasukan Utama

Stones dan Aguero dapat beraksi lawan Leicester

John Stones dan Sergio Aguero dalam senarai pemilihan pemain untuk skuad Pep Guardiola menentang penyandang juara liga, Leicester di Stadium Etihad hari Sabtu ini.

Previu Pep Guardiola Man City vs Leicester

Berita Pasukan Utama

De Bruyne Raja pembantu jaringan EPL

Dua bantuan jaringan dalam kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu telah meletakkan Kevin De Bruyne sebagai pembantu jaringan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris.

Laporan Perlawanan

Aksi lima bintang City tumbangkan Palace

Avatar Pengguna Daftar masuk

The Citizens mempersembahkan aksi lima bintang selepas mendahului 1-0 di babak pertama dengan menambah empat gol lagi di separuh masa kedua dalam persembahan antara terbaik Liga Perdana Inggeris di laman sendiri musim ini.

City naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumbangkan Crystal Palace 5-0 di Etihad- laporan perlawanan