quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Stones dan Aguero dapat beraksi lawan Leicester

John Stones dan Sergio Aguero dalam senarai pemilihan pemain untuk skuad Pep Guardiola menentang penyandang juara liga, Leicester di Stadium Etihad hari Sabtu ini.

Stones telah terlepas lima perlawanan terakhir dengan kecederaan otot, sementara Aguero tercedera semasa menentang Middlesborough dua minggu lalu.

Image result for pep stones

Bos City mengesahkan hanya Claudio Bravo dan Ilkay Gundogan masih terpaksa direhatkan kerana cedera dalam pertembungan dengan the Foxes.

“Tiada kecederaan lain kecuali Gundogan dan Bravo.

“Sergio telah berlatih sejak beberapa hari lalu dan kesemua pemain lain ok, Stones turut telah berlatih bersama pasukan sejak dua tiga hari lalu.”

Guardiola mendedahkan yang beliau menikmati musim pertamanya dengan City, malah sekira semuanya mengikut perancangan.

City masih dapat menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris musim ini dan bos percaya yang beliau kini lebih memahami cara bola sepak England dengan musim pertamanya kian sampai ke penghujungnya.

“Ia penuh tekanan, seronok dan saya menyukainya, seperti yang telah saya jangkakan persaingan sengit sampai dalam empat hingga lima perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Related image

“Dalam kotak, kami telah terlepas banyak peluang dengan tidak menjaringkan cukup gol.

“Masih banyak yang perlu diperjuangkan, kami sasar untuk tempat ketiga tapi jika kami berkesudahan di tangga keempat dan perlu bermain perlawanan kelayakan ke Liga Juara-Juara, seperti musim ini, ia tidak merubah apa-apa atau perancangan pramusim kami.

“Kami akan masih ke Amerika Syarikat bermain perlawanan persahabatan yang mencabar, kami akan bersiap untuk perlawanan pertama musim depan sama ada ia Liga Perdana Inggeris atau kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Image result for city us tour 2017

“Namun saya amat optmis yang kami boleh layak untuk Liga Juara-Juara, dan saya fikir kami akan menjadi lebih baik musim depan.”

Dengan jendela musim panas akan dibuka di akhir musim nanti Pep turut menjelaskan, "Anda perlu membayar mahal untuk membeli para pemain hebat datang ke Liga Perdana Inggeris, ini kerana kontrak TV lebih besar maka anda terpaksa bayar lebih, ia seperti juga di Sepanyol - perpindahan pemain menggilakan."

Pep turut ditanya tentang kedudukan kontrak para pemain sedia dengan menambah, "Pihak kelab mengurusi kontrak para pemain dengan baik dan teliti setiap tahun, kita akan lihat akhir musim nanti. Sekarang fokus kami pada tiga baki perlawanan."

Related image

Sementara itu bos turut mengulas tentang masa depan Kelechi Iheanacho, katanya, "Kelechi seorang pemain muda, dia kuat dan laju, ketika dalam kotak penalti dia seorang 'pembunuh'. Kami akan analisa prestasi setiap pemain di akhir musim ini.

Image result for yaya toure pep

Pep turut mendedahkan yang pasukan akan meraikan hari jadi Yaya Toure ke-34 yang jatuh pada hari Sabtu dan akan menyambutnya selepas perlawanan menentang Leicester.

“Kami akan beli kek hari jadi buatnya sebesar mungkin! Kami akan lakukannya selepas perlawanan hari Sabtu.”

* Perlawanan menentang Leicester akan berlangsung di Stadium Etihad hari Sabtu, 13 Mei jam 12.30 tengahari UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

De Bruyne Raja pembantu jaringan EPL

Dua bantuan jaringan dalam kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu telah meletakkan Kevin De Bruyne sebagai pembantu jaringan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris.

Laporan Perlawanan

Aksi lima bintang City tumbangkan Palace

Avatar Pengguna Daftar masuk

The Citizens mempersembahkan aksi lima bintang selepas mendahului 1-0 di babak pertama dengan menambah empat gol lagi di separuh masa kedua dalam persembahan antara terbaik Liga Perdana Inggeris di laman sendiri musim ini.

City naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumbangkan Crystal Palace 5-0 di Etihad- laporan perlawanan

Berita Pasukan Utama

Caballero Kemenangan ke atas Palace jadi inspirasi

Manchester City berpeluang untuk menamatkan musim ini di posisi ketiga Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Selepas kemenangan bergaya 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu, penjaga gol City, Willy Caballero percaya ia boleh menjadi inspirasi untuk baki tiga perlawanan seterusnya.