quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bacary Sagna tinggalkan City

Manchester City mengesahkan yang pemain pertahanan Bacary Sagna akan meninggalkan kelab akhir musim panas ini.

Pemain asal Perancis itu telah menyertai City pada Julai 2014 dari Arsenal. Dalam tempoh tiga musim ini bersama City, beliau telah menjadi pemain penting dan popular di kalangan rakan-rakan sepasukan.

Beliau tampil sebanyak 85 kali di kesemua kejohanan termasuk 50 penampilan di awal perlawanan untuk Liga Perdana Inggeris.

Mengulas masanya di Stadium Etihad, Bacary mengatakan: “Ia satu penghormatan dapat bermain untuk kelab bola sepak ini.

Related image

“Saya menikmati masa saya setiap detik sebagai pemain City dan akan mengingatinya seumur hidup.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para petugas, para pemain dan para peminat yang telah menjadikan tempoh tiga tahun saya di sini begitu indah.”

Pemain bek penuh itu telah membantu City menjuarai Piala Liga di Wembley pada Februari 2016 apabila pasukan bimbingan Manuel Pellegrini ketika itu menewaskan Liverpool 3-1 dengan penalti penentuan selepas seri 1-1 di masa biasa dan tambahan.

Image may contain: 1 person

Sagna yang telah mewakili Perancis sebanyak 67 kali setakat ini turut tampil dalam kedua-dua perlawanan semifinal Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/16 menentang Real Madrid.

Dalam kempen 2016/17 yang baru berakhir, Bacary tampil sebanyak 17 kali dalam Liga Perdana Inggeris dan tiga kali sebagai pemain gantian dengan tiga penampilan di Liga Juara-Juara Eropah dan sekali sebagai pemain gantian.

Image result for bacary sagna celebrate 2017

Beliau turut diturunkan semasa perlawanan Piala FA sebagai pemain simpanan.

Menyentuh sepanjang masa Sagna di City, Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bacary atas segala usaha dan sumbangannya buat kelab.

Image result for bacary sagna league cup trophy 2016

“Beliau seorang pemain profesional dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik dengan sikap penuh dedikasi dan komitmennya.”

Setiap kami di Manchester City mengucapkan terima kasih atas jasa Bacary sepanjang tiga musim dan kami mengucapkan selamat maju jaya!


 

Laporan Perlawanan

City sudahi musim dengan gemilang

Manchester City menutup musim 2016/17 dengan aksi lima bintang selepas menumbangkan Watford 5-0 di Vicarage Road, hari Ahad.

Laporan perlawanan penutup musim City menentang Watford

Berita Pasukan Utama

Kompany: Piawai telah ditetapkan

Vincent Kompany memimpin Man City dalam kemenangan selesa 5-0 di perlawanan penutup Liga Perdana Inggeris di Watford telah mencabar rakan-rakan sepasukannya untuk meneruskan prestasi sama di musim baru Ogos nanti.

Reaksi Vincent Kompany atas kemenangan 5-0 menentang Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.

Berita Pasukan Utama

Pep teruja dengan skuad Man City

Bos Pep Guardiola menjelaskan yang skuad Manchester City merupakan kumpulan pemain terbaik pernah dia bekerja bersama selepas the Citizens menyudahi musim ini di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Reaksi Pep Guardiola selepas kemenangan 5-0 ke atas Watford di perlawanan penutup musim 2016/17.