quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

De Bruyne Raja pembantu jaringan EPL

Dua bantuan jaringan dalam kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu telah meletakkan Kevin De Bruyne sebagai pembantu jaringan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris.

Permainan cemerlang De Bruyne menentang the Eagles dan bantuan gol buat Vincent Kompany dan Nicolas Otamendi telah membawanya kelebihan tiga bantuan gol dari pencabar terdekat, Christian Eriksen dari Spurs.

Pemain tengah Belgium itu begitu menyerlah yang turut membantu dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Southampton bulan lalu.

Meskipun tidak banyak gol terhasil musim ini oleh De Bruyne, namun rekod 9 tendangannya terkena palang mungkin menjadikan 14 gol terkumpul buatnya berbanding 5 yang berjaya memasuki gawang.

Sementara itu Cesc Fabregas dari Chelsea menduduki tempat kedua dengan 11 bantuan gol diikuti Alexis Sanches (Arsenal), Wilfried Zaha (Palace) yang masing-masing membantu 9 jaringan.

Manakala Ross Barkley (Everton) dan Matt Phillpis (West Brom) mencatat 8 bantuan jaringan.

Image result for silva sterling 2017

Dua lagi pemain City dalam senarai 10 pembantu jaringan terbanyak Liga Perdana ialah David Silva dan Raheem Sterling dengan masing-masing membantu 7 jaringan gol.

Berikut inforgrafik pencapaian KDB musim ini, sehingga kini…

Dapatkah Kevin menambah statistik ini dengan tiga lagi baki perlawanan termasuk menghadapi Leicester Sabtu ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.

Laporan Perlawanan

Aksi lima bintang City tumbangkan Palace

Avatar Pengguna Daftar masuk

The Citizens mempersembahkan aksi lima bintang selepas mendahului 1-0 di babak pertama dengan menambah empat gol lagi di separuh masa kedua dalam persembahan antara terbaik Liga Perdana Inggeris di laman sendiri musim ini.

City naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menumbangkan Crystal Palace 5-0 di Etihad- laporan perlawanan

Berita Pasukan Utama

Caballero Kemenangan ke atas Palace jadi inspirasi

Manchester City berpeluang untuk menamatkan musim ini di posisi ketiga Liga Perdana Inggeris untuk layak secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Selepas kemenangan bergaya 5-0 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu, penjaga gol City, Willy Caballero percaya ia boleh menjadi inspirasi untuk baki tiga perlawanan seterusnya.

Berita Pasukan Utama

Pep: Menukar peluang kepada gol adalah kunci

Pep Guardiola berkata yang gol awal dalam setiap babak perlawanan merupakan platform sempurna untuk City mencatat kemenangan terbesar di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Reaksi Pep Guardiola Manchester City vs Palace