quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Man City Jelajah ke USA Musim Panas 2017

Manchester City akan terbang ke Amerika Syarikat musim panas ini sebagai sebahagian dari penyertaan kejohanan International Champions Cup 2017, ditaja oleh Heineken.

City akan menghadapi Manchester United dalam salah satu jadual perlawanan dan ia bakal menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah kedua-dua pasukan bertemu di luar UK.

Image result for international champions cup USA 2017

Lokasi perlawanan masih belum disahkan namun ia akan berlangsung pada hari Khamis, 20 Julai dengan City turut akan berhadapan melawan Tottenham Hotspur dan Real Madrid dalam kejohahan edisi kelima International Championship Cup.

City akan menentang Spurs di Stadium Nissan Nashville dan Real Madrid di Los Angeles dalam Pep Guardiola memperkemaskan lagi skuadnya menjelang kempen baru musim 2017/18.

Guardiola berkata: “Manchester City mempunyai hubungan unik dengan Amerika Syarikat dan para pemain dan pegawai kami tidak sabar untuk mengunjungi dan bermain di hadapan para penyokong kami di sana.

“International Champions Cup adalah satu kejohanan hebat dan kami gembira dijemput sekali lagi untuk bertanding dalam kejohanan ini. Kami telah dijadualkan akan bermain perlawanan-perlawanan hebat di stadium-stadium yang hebat.

“Perlawanan menentang Real Madrid yang akan berlangsung di Los Angeles pasti akan menarik dan kami tahu kekuatan lawan-lawan kami dari Liga Inggeris iaitu Spurs yang akan kami akan hadapi di Nashville, dan ia akan mengujakan buat para penyokong menyaksikan derbi Manchester berlangsung di  Amerika Syarikat.

“Kami semua amat teruja untuk memulakan persiapan musim baharu kami nanti di sana.”

Bintang-bintang City seperti Ilkay Gundogan dan Gabriel Jesus berada di New York untuk acara pelancaran dalam mereka masih meneruskan proses pemulihan dari kecederaan, juga berkesempatan hadir menonton perlawanan NYCFC menentang Montreal.

Selain dari derbi Manchester pertama dilangsungkan di Amerika Syarikat, Real Madrid turut akan menentang Barcelona dalam El Clasico pertama mereka di luar Sepanyol sejak tahun 1982.

Para penyokong boleh mendaftar di www.internationalchampionscup.com untuk mengakses pra-jualan tiket-tiket perlawanan.

“International Champions Cup tahun ini akan menampilkan dua derbi ikonik dalam dunia bola sepak: El Clasico dan derbi Manchester,” ujar Charlie Stilltano, pengerusi Relevent Sports.

“Barisan pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini adalah berkelas dunia yang mengetengahkan juara-juara dari tiga liga utama Eropah begitu juga juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah.

Image result for international champions cup USA 2017

“Menjadi tuan rumah kepada kejohanan bola sepak berkaliber di Amerika Syarikat hanya boleh berlaku melalui ICC, dimana pasukan-pasukan ini boleh bersaing sengit dalam kejohanan dalam persiapan mereka menghadapi kempen baru mereka musim depan.”

Jadual Jelajah US Man City:

Khamis, 20 Julai

Manchester United lwn Manchester City – lokasi dan masa akan diumumkan

Rabu, 26 Julai

Real Madrid lwn Manchester City – Los Angeles Memorial Colliseum, Los Angeles California

Sabtu, 29 Julai

Manchester City lwn Tottenham Hotspur – Stadium Nissan, Nashville, Tennessee

Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti.

Berita Pasukan Utama

Tarikh perlawanan derbi Manchester disahkan

Berita Pasukan Utama

Guardiola bangga permainan pasukan lawan Liverpool

Berita Pasukan Utama

De Bruyne puji mentaliti City

Kevin De Bruyne percaya yang Manchester City telah menunjukkan kekuatan mental mereka ketika terus berjuang dari ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 dengan Liverpool.