quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola bangga permainan pasukan lawan Liverpool

Pep Guardiola menerangkan pertarungan balas menentang Liverpool merupakan salah satu hari paling bahagia buatnya sebagai pengurus.

Selepas kecewa tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah di Monaco dan ditinggalkan pelawat dengan gol dari sepakan penalti James Milner, City memberi segalanya dan berjaya menyamakan kedudukan melalui gol Sergio Aguero, dan sepatutnya meraih tiga sepakan penalti kemudiannya.

“Sukar anda bayangkan. Ia merupakan hari antara paling bahagia dalam kerjaya saya sebagai pengurus. Saya amat merasa bangga.

“Selepas terkeluar dari Liga Juara-Juara, beberapa hari lalu semasa latihan para pemai begitu sangat sedih, kami tidak bercakap banyak. Kami turun hari ini menentang Liverpool yang tidak bersiang di peringkat Eropah sepanjang musim dan mereka ada satu minggu penuh untuk persiapan.

“Semangat juang dan cara kami bermain, ia merupakan hari antara paling bahagia buat saya sebagai pengurus.

BATTLE: Joel Matip appeared to pull back Aguero

“Kami telah mencipta lebih banyak peluang dari mereka. Masalah kami ialah kami tidak menjaringkan gol apabila sepatutnya ia boleh dihasilkan dengan mudah. Sekurang-kurangnya kami telah tunjukkan semangat yang kami tidak pamerkan semasa babak pertama di Monaco.

“Apabila anda menghampiri perlawanan selepas 10 kemenangan berturut-turut ia tiada yang istimewa. Anda perlu pertimbangkan situas kami bermain dalam perlawanan ini, bagaimana kami bermain melawan mereka, satu pasukan ternama – mereka ada para pemain hebat – ia amat bermakna buat saya. Oleh sebab itu saya merasa sangat gembira.”

BRAVING THE COLD: Pep dons the jacket to battle the Manchester weather.

Meskipun perasaan Guardiola secara keseluruhannya bangga, beliau menegaskan prestasi kurang memuaskan City di pintu gawang menjadi penghalang kepada mereka untuk meraih kemenangan.

“Kami telah menciptan lebih banyak peluang jelas berbanding Liverpool hari ini namun kami hanya tidak dapat menukarkannya kepada gol-gol. Untuk mencapai sasaran besar anda harus lebih klinikal.

FULL STRETCH: Stones with a terrific challenge on Saido Mane to deny a counter-attack.

Bos City turut memberi pujian khas kepada John Stones dengan pemain pertahanan tengah England itu sekali lagi tampil cemerlang dengan berjaya menyekat beberapa percubaan merbahaya Liverpool.

“Stones telah banyak dikritik tapi saya sukakan sikapnya, saya kagumi kesemua para pemain pertahan saya atas personaliti mereka.”

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kompany perlukan masa

Pep Guardiola menjelaskan yang ia berisiko untuk menurunkan Vincent Kompany dalam dua perlawanan terakhir dalam sidang media menjelang pertemuan dengan Liverpool Ahad ini.

Berita Pasukan Utama

Pep: Prestasi babak pertama merugikan kami

Berita Pasukan Utama

Pep: Bermain bertahan akan membunuh diri