quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kelechi puji semangat City hadapi Arsenal

Kelechi goal Huddersfield

Kelechi goal Huddersfield

Kelechi Iheanacho berkata yang Manchester City perlu tunjukkan semangat juang yang sama telah mereka persembahkan menentang Liverpool dalam menghadapi Arsenal Ahad ini.

City akan turun beraksi di Stadium Emirates pada kedudukan tempat ketiga dyua mata di belakang Tottenham Hotspur yang kini di tangga kedua. Namun Liverpool, Manchester United dan Arsenal turut bersaing untuk menamatkan musim ini di kedudukan teratas mungkin supaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Penyerang Nigeria berusia 20 tahun itu berkata terdapat keinginan yang tinggi dalam skuad City untuk mengalahkan Arsenal dan beliau percaya pasukan berada di prestasi bagus selepas seri 1-1 dengan Liverpool di perlawanan terakhir hampir dua minggu lalu.

Image result for city 1-1 liverpool

“Kami akan ke Stadium Emirates Ahad ini dan berjuang, kami perlu menang di sana, mereka satu pasukan yang bagus jadi kami perlu bermain habis-habisan untuk meraih kesemua tiga mata.

“Kami dalam situasi yang bagus, kami telah bermain dengan baik semasa menentang Liverpool dan tunjukkan karakter yang bagus.

“Kami bertahan dengan baik, menyerang dengan baik namun tidak bernasib baik tidak dapat menang.

Image result for man city 2-1 arsenal 2016/17

“Kami berada di posisi bagus dalam Liga Perdana Inggeris dan akan terus berjuang dan fokus pada perlawanan-perlawanan seterusnya.”

Iheanacho telah menjaringkan tujuh gol musim ini buat City namun dengan persaingan dalam dalam skuad untuk posisi penyerang semakin sengit, beliau turut mendapati peluang untuknya dalam skuad semakin sukar berbanding pada musim debutnya.

Namun beliau menegaskan suka berada di City dan merasakan permainannya sentiasa bertambah baik dengan bermain disamping para pemain berkelas dunia yang ada dalam skuad.

Image result for kelechi city v arsenal

“Saya amat gembira dan merasa sangat bersyukur berada dalam skuad ini, saya terus bekerja keras setiap hari dan apabila diberi peluang saya perlu buktikan kepada semua orang yang saya berhak berada dalam skuad ini.

“Ia satu skuad yang hebat dengan para pemain hebat. Setiap pemain bekerja amat keras, jadi setiap pemain sudah tentu gembira berada dalam pasukan ini.

“Para penyokong memberi segalanya kepada kami jadi kami perlu terus berjuang untuk pasukan dan para peminat yang sentiasa berada di belakang kami.

Image result for kelechi city v arsenal

“Saya semakin bertambah bagus dari hari ke sehari. Saya akan terus belajar dan cuba memperbaiki prestasi saya, diharap ia dapat membantu masa depan saya.

“Saya suka berada di sini.”

* Perlawanan menentang Arsenal di Stadium Emirates akan berlangsung pada hari Ahad, 2 April jam 4 petang waktu UK bersamaan pukul 11 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Bantuan jaringan Sterling bawa kemenangan England

Berita Pasukan Utama

Silva jaringkan gol menang bersama Sepanyol

Berita Pasukan Utama

Aksi bintang-bintang City di pentas antarabangsa