quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

De Bruyne puji mentaliti City

De Bruyne

De Bruyne

Kevin De Bruyne percaya yang Manchester City telah menunjukkan kekuatan mental mereka ketika terus berjuang dari ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 dengan Liverpool.

Pasukan Pep Guardiola turun selepas terkeluar dari Liga Juara-Juara Eropah kepada Monaco minggu lalu yang telah menyaksikan City terpaksa mengejar dari belakang setelah bekas pemain City James Milner menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-51.

City ternyata tidak menyerah kalah dan terus bertarung habis-habisan dengan De Bruyne menyediakan umpanan buat Sergio Aguero menyamakan kedudukan, dan pemain tengah Belgium tersebut hampir menyumbangkan gol kemenangan 21 minit kemudiannya namun ia terkena tiang.

“Ia sentiasa sukar untuk mana-mana pasukan yang terkeluar dari sesuatu kejohanan dan saya fikir reaksi pasukan cukup bagus, “ akui De Bruyne.

“Anda perlu merampas bola dengan pantas. Kami tahu selepas perlawanan menentang Monaco kami perlu menghadapi satu perlawanan besar tiga hari kemudiannya melawan Liverpool, jadi kami harus lakukan tugasan kami.

“Saya rasa pada akhirnya kami telah tunaikannya.

ONLOOKERS: Pep and Klopp battle the Manchester rain on the touchline

“Selama 80 minit kami telah bermain dengan bagus dan saya fikir kami telah mendominasi permainan secara keseluruhan.

“Selepas ditinggalkan 1-0, terdapat 10 minit yang sukar apabila Liverpool berada dalam keadaan penuh meyakinkan.

“Namun pada akhirnya kami cuba bermain permainan yang bagus, kami tidak berjaya menghasilkan gol kedua namun cara kami bermain dan memberi reaksi cukup bagus.”

MIDFIELD BATTLE: Toure looks to break away from Georginio Wijnaldum

City dan Liverpool menyerang satu sama lain sepanjang perlawanan yang menyajikan antara perlawanan paling menarik Liga Perdana Inggeris musim ini.

De Bruyne berkata ia menambah kepuasannya selepas hantarannya berjaya ditukarkan kepada gol oleh Aguero untuk mengikat pasukan pelawat.

Image result for city 1-1 liverpool de bruyne 2017

“Kadang-kadang anda memberi bantuan jaringan lebih memuaskan dari menjaringkan gol, itu diri saya. Sayangnya kami tidak dapat menghasilkan gol kedua.

“Kedua-dua pasukan penuh intensiti dengan menekan tinggi, jadi kadang-kadang ia membawa permainan amat terbuka dan pada akhirnya saya fikir ia satu permainan yang menghiburkan ditonton.”

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kompany perlukan masa

Pep Guardiola menjelaskan yang ia berisiko untuk menurunkan Vincent Kompany dalam dua perlawanan terakhir dalam sidang media menjelang pertemuan dengan Liverpool Ahad ini.

Berita Pasukan Utama

Pep: Prestasi babak pertama merugikan kami

Berita Pasukan Utama

Pep: Bermain bertahan akan membunuh diri