quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aksi bintang-bintang City di pentas antarabangsa

Sergio Aguero, Nicolas Otamendi, Claudio Bravo dan Fernandinho beraksi dalam kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelechi Iheanacho menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan persahabatan.

Moussa Sow membuka jaringan buat Senegal sebelum Iheanacho dihadiahkan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan.

Gol Kelechi tersebut merupakan gol kelimanya dalam penampilan antarabangsa untuk menambah tujuh gol yang disumbangkan kepada City pada musim ini.

Selain itu, tiga pemain City turut terlibat dalam kelayakan Piala Dunia di Buenos Aires apabila Argentina mengalahkan Chile 1-0.

Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti melepasi penjaga gol City, Claudio Bravo pada minit ke-16 untuk menjamin kemenangan buat La Albiceleste.

Image result for otamendi argentina vs chile

Bek tengah City Nicolas Otamendi bermain 90 minit penuh, manakala Sergio Aguero beraksi selama 58 minit.

Kemenangan tersebut melonjak kedudukan Argentina di tangga ketiga CONMEBOL, kumpulan Amerika Selatan.

Image result for fernandinho brazil vs uruguay 2017

Akhir sekali, Brazil mengukuhkan kedudukan mereka di tempat teratas peringkat kumpulan dengan kemenangan 4-1 ke atas Uruguay dengan Fernandinho diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-82.

Berita Pasukan Utama

Sane menang bersama Jerman lawan England

Berita Pasukan Utama

Man City Jelajah ke USA Musim Panas 2017

Berita Pasukan Utama

Tarikh perlawanan derbi Manchester disahkan