quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bantuan jaringan Sterling bawa kemenangan England

Raheem Sterling membantu jaringan gol pembuka Jermaine Defoe dalam kemenangan England 2-0 ke atas Lithuania di Stadium Wembley, kelayakan Piala Dunia 2018 malam Isnin.

Pemain sayap Manchester City itu menemui ruang pada minit ke-21 dengan menggelecek cantik melepasi pemain pertahanan pelawat, Egidijus Vaitkunas sebelum hantaran silangnya menemui Defoe yang meledak gol dengan tendangan jarak dekat.

Image result for sterling england 2-0 lithuania

Selepas beraksi selama sejam, Sterling kemudiannya diganti oleh Marcus Rahsford, sementara John Stones dan Joe Hart bermain 90 minit penuh.

Image result for sterling england 2-0 lithuania

Jamie Vardy menambah gol kedua buat pasukan kendalian Gareth Southgate pada minit ke-66 untuk mengekalkan England di kedudukan teratas Kumpulan F yang turut bersama Slovakia, Slovenia, Scotland dan Lithuania.

Image result for leroy sane germany 2017 v england

Sementara itu, Leroy Sane diturunkan dari bangku simpanan lima minit sebelum wisel penamat dalam kemenangan 4-1 ke atas Azerbaijan.

Dua gol Andre Schurrle diikuti gol Thomas Muller dan Mario Gomez membawa kemenangan kepada juara bertahan Piala Dunia 2014 itu untuk kekal tempat teratas Kumpulan C mengatasi Ireland Utara, Republik Czech, Norway, Azerbaijan dan San Marino.

Jerman dan England sehingga kini tidak pernah kalah selepas 5 perlawanan di peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018.

Berita Pasukan Utama

Silva jaringkan gol menang bersama Sepanyol

Berita Pasukan Utama

Aksi bintang-bintang City di pentas antarabangsa

Berita Pasukan Utama

Sane menang bersama Jerman lawan England