quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Yaya Toure tandatangani kontrak baru

Manchester City dengan sukacitanya mengumumkan yang Yaya Toure telah menandatangani perlanjutan kontrak baru setahun bersama kelab.

Pemain tengah Ivory Coast tersebut telah menyertai City dari Barcelona tahun 2010 dan menjadi sebahagian penting dari pasukan yang merangkul enam piala semasa itu.

Related image

Kontraknya kini akan tamat pada akhir musim 2016/17, namun beliau berhasrat untuk menyambung lagi setahun untuk menggenapkan kepada lapan musim menjadikan beliau pemain City terkini ketiga terlama bersama kelab selepas Joe Hart dan Vincent Kompany.

Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain berkata: “Yaya telah memberi khidmat terbaik buat Manchester City dan terus menjadi pemain penting dalam skuad Pep Guardiola.

Image result for yaya signed for city

“Dia merupakan salah seorang pemain paling berpengalaman dan cukup popular di kalangan para pemain, dan kami gembira beliau memutuskan untuk kekal bersama kami satu musim lagi dimana kami semua berharap akan menjadi musim yang mengujakan.

“Yaya menjadi tonggak atas kejayaan kami sejak tujuh tahun lalu dan akan memain peranan penting untuk musim depan. “

Image result for yaya goal v stoke fa cup

Nama Yaya jelas sudah terpahat dalam sejarah kelab apabila gol tunggalnya membawa kemenangan di perlawanan semifinal dan final Piala FA tahun 2011. Begitu juga golnya semasa menentang Newcastle yang memberi perangsang kepada pasukan di perlawanan akhir musim menentang QPR untuk City merangkul juara Liga Perdana Inggeris tahun 2012.

Beliau telah menjaringkan 24 gol semasa kempen kejuaraan 2013/14, begitu juga golnya ke atas Sunderland di perlawanan akhir Piala Capital One. Malah sepakan penaltinya yang telah menjamin piala sama di final menentang Liverpool tahun 2016.

Image result for yaya goal v sunderland capital one cup

Dengan 299 penampilan dan 81 gol, beliau merupakan salah seorang pemain tengah City yang paling banyak menyumbangkan gol sepanjang zaman.

Yaya mengakui beliau gembira dengan perlanjutan kontraknya di City dan tidak sabar beraksi di musim baru nanti.

Image may contain: 1 person

“Saya tidak pernah mahu meninggalkan City dan saya sentiasa katakan jika boleh ia dimana tempat saya mahu tamatkan karier saya,” jelas Yaya.

“Saya suka bermain di hadapan para penyokong kita dan mereka begitu hebat memberi sokongan kepada saya, jadi mengapa saya mahu bermain di tempat lain?

“Kami juga ada pengurus antara terbaik di dunia dan saya rasa pada musim 2017/18 ia akan menjadi satu lagi musim mengujakan.

“Saya ingin memainkan peranan membawa kelab kembali ke tempat yang sepatutnya dan jika diberi pilihan  saya akan tamatkan karier saya dengan City kerana saya akan dapati sukar untuk bermain untuk kelab-kelab lain.”

Berita Pasukan Utama

Silva Pemain Terbaik Etihad 2016/17

Undian dari para peminat City telah dikira dan David Silva mendapat jumlah undian terbanyak untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad musim 2016/17.

David Silva dinobat Pemain Terbaik Etihad musim 2016/17...

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva setuju sertai Man City dari Monaco

Berita Pasukan Utama

10 perkara anda perlu tahu tentang Bernardo Silva