quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City bertemu West Ham persahabatan pramusim

Manchester City akan menutup kempen pramusim persiapan musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan menentang West Ham United di Iceland pada 4 Ogos.

Manchester City akan menutup kempen pramusim persiapan musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan menentang West Ham United di Iceland pada 4 Ogos.

Pada musim panas ini perlawanan ‘Super Match’ akan berlangsung di Stadium Laugardalsvollur di Reykjavik pada pukul 2 petang waktu tempatan Iceland dan memberi peluang kepada pasukan Pe Guardiola persiapan terakhir sebelum memulakan musim baru 2017/18 seminggu kemudian.

City dan West Ham telah bertemu tiga kali pada musim 2016/17 dengan the Blues menang ketiga-tiga perlawanan dan menjaringkan 12 gol termasuk kemenangan besar 5-0 di Stadium London pada pusingan ketiga Piala FA.

Perlawanan itu nanti akan memberi peluang kepada para peminat City melihat aksi bekas hero mereka, Pablo Zabaleta menyarung jersi lawan. Pemain pertahanan Argentina itu telah meninggalkan Stadium Etihad untuk menyertai the Hammers musim panas ini selepas sembilan tahun bersama the Citizens secara perpindahan percuma.

“Kami amat teruja mengumumkan dua kelab ternama Liga Perdana Inggeris akan beraksi di hadapan para peminat bola sepak Iceland, “ujar Guoni Bergsson, Presiden Persatuan Bola Sepak Iceland.

Pengurus Manchester City, Pe Guadiola berkata:” Kami tidak sabar untuk beraksi menentang West Ham, dan mengunjungi bandar hebat Reykjavik.

“Iceland adalah negara indah dan ia satu penghormatan buat kami membawa pasukan kami ke sana menikmati pemandangan dan budaya, bertemu masyarakat di sana dan menghibur para peminat.

“Kami tahu bola sepak Inggeris digemari oleh para peminat bola di sana dan kami telah menerima sambutan menggalakkan ketika kami telah bermain di sana di masa lalu.

“Perlawanan ini satu peluang keemasan dan kami tidak sabar untuk mempersembahkan permainan menarik kepada pada penyokong kami. Manchester City dan West Ham telah beraksi dalam beberapa permainan menarik musim lalu, dan perlawanan kali ini tiada bezanya.

“Ia akan membantu persiapan pramusim kami dan ia amat penting buat kami menambah baiki pasukan kami dalam bersedia menghadapi musim baru.”

Tiket akan mula dijual pada 22 Jun. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Super Match: http://thesupermatch.com

 

Berita Pasukan Utama

Jadual Liga Perdana Inggeris City 2017/18

Manchester City akan memulakan cabaran musim 2017/18 dengan bertandang di Stadium Falmer menentang Brighton & Hove Albion.

Jadual perlawanan Manchester City untuk Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 telah diumumkan, ketahui perlawanan pembuka, perlawanan derbi Manchester dan perlawanan-perlawanan penting lain.

Wawancara

Bernardo Silva teruja berpindah ke Man City

Berita Pasukan Utama

Ederson: 10 fakta utama

Segala yang anda perlu tahu tentang penjaga baru City asal Brazil

Sepuluh fakta utama yang anda perlu tahu tentang penjaga gol baru City, Ederson Morares yang akan menyertai kelab 1 Julai ini.