quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Perkembangan kecederaan Gabriel Jesus

Gabriel Jesus telah memaklumkan yang beliau akan kembali cergas sepenuhnya tidak lama lagi.

Penyerang Brazil itu telah diusung keluar padang semasa menentang Argentina berikutan pelanggaran dengan rakan sepasukan City, Nicolas Otamendi semasa perlawanan persahabatan di Australia.

Image result for gabriel vs otamendi injury

Selepas mengalami kecederaan di bahagian muka, terdapat kegusaran yang beliau mungkin memerlukan pembedahan namun malam semalam Gabriel memaklumkan kepada para peminat di akaun Twitter tentang perkembangannya.

Katanya: “Saya tidak memerlukan pembedahan! Dalam masa tiga minggu saya akan kembali! Terima kasih kepada semua peminat atas sokongan dan keprihatinan! Terima kasih kepada Dr Pagura dan pasukan kesihatannya.”

Image result for gabriel vs otamendi injury

Beliau turut menambah di akaun Facebook, katanya: “Hai semua orang! Kelmarin saya telah menjalani pemeriksaan bahagian muka beberapa kali dan saya ada berita BAIK! Proses pemulihan saya berjalan lancar dan saya tidak memerlukan pembedahan. Dalam masa 15 hari saya akan diperiksa lagi namun segala tanda menunjukkan yang saya akan kembali dalam masa tiga minggu! Terima kasih semua yang telah mengirimkan mesej, yang telah menyokong saya dan menghantar semangat positif serta mendoakan saya! Terima kasih kepada Dr. Jorge Pagura, Dr Claudio Lotemberg dan Dr Sergio Miranda atas rawatan dan layanan baik mereka.”

Kami akan melaporkan perkembangan terkini Gabriel selepas pemeriksaan kelak.

Image result for gabriel city

Dengan latihan pramusim masih beberapa minggu lagi, Pep Guardiola mengharapkan agar pemain muda tersebut dapat kembali semula tepat pada masanya dalam Sesi Jelajah City ke Amerika Syarikat akan bermula bulan Julai ini.

Berita Pasukan Utama

City bertemu West Ham persahabatan pramusim

Manchester City akan menutup kempen pramusim persiapan musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan menentang West Ham United di Iceland pada 4 Ogos.

Manchester akan berhadapan dengan West Ham di Icelan musim panas ini

Berita Pasukan Utama

Jadual Liga Perdana Inggeris City 2017/18

Manchester City akan memulakan cabaran musim 2017/18 dengan bertandang di Stadium Falmer menentang Brighton & Hove Albion.

Jadual perlawanan Manchester City untuk Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 telah diumumkan, ketahui perlawanan pembuka, perlawanan derbi Manchester dan perlawanan-perlawanan penting lain.

Wawancara

Bernardo Silva teruja berpindah ke Man City