quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Ederson: 10 fakta utama

Segala yang anda perlu tahu tentang penjaga baru City asal Brazil

1 Nama Penuh

Nama penuhnya ialah Ederson Santana de Moraes

2 Lahir dan dibesarkan

Dilahirkan pada 17 Ogos 1993 di Osasco, Brazil

3 Bintang muda

Beliau memulakan kariernya bersama pasukan bola tempatan di Sao Paulo dimana beliau kekal selama semusim

Image result for ederson sao paulo

4 Kerjaya awal

Pada usia 16 tahun, beliau telah menyertai Benfica dan menghabiskan masa selama dua tahun di sana sebelum menyertai pasukan senior Ribeirao. Setahun kemudian beliau berpindah ke Rio Ave

5 Pentas antarabangsa

Pada tahun 2014, beliau dipanggil pertama kali untuk pasukan kebangsaan Brazil Bawah-23 dan menjuarai Kejohanan Toulon

6 Kembali

Beliau menyertai semula juara Portugal, Benfica di peringkat senior pada Jun 2015, kemudian menandatangani perjanjian lima tahun pada bulan Julai

Image result for ederson moraes benfica

7 Penampilan pertama

Berikutan penampilan cemerlang untuk skuad B, beliau diturunkan untuk kali pertama buat pasukan utama Benfica pada Mac 2016 menggantikan penjaga gol Julio Caesar, dan kemudian membantu kelab untuk menjuarai liga Portugal buat kali ketiga berturut-turut

8 Kejayaan merangkul piala

Beliau turut tampil dalam perlawanan akhir Taca da Liga, dimana Benfica menang 6-2 dan bermain beraksi dalam tiga perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang membawa Benfica sampai ke peringkat suku akhir

Image result for ederson benfica trophy

9 Anugerah penghargaan

Meskipun pada usia masih muda, beliau telah mengecapi banyak kejayaan termasuk menjuarai Primeiera Liga (Liga Portugis) dua kali, Taca de Portugal, Taca da Liga dan Supertaca Candidao de Oliveira.

10 Rakan sepasukan

Ederson telah bermain disamping rakan sepasukan baru Bernardo Silva di Benfica pada peringkat remaja.

Selamat Datang Ederson! Bem-vindo!

 

Berita Pasukan Utama

Ederson setuju sertai Manchester City

Manchester City dengan sukacitanya mengumumkan yang Ederson bersetuju untuk menyertai kelab dari Benfica pada 1 Julai ini.

Penjaga gol Brazil akan sertai City...

Berita Pasukan Utama

Brazil kalah tipis kepada Argentina

Tiga pemain Manchester City terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan di Melbourne Australia hari Jumaat dengan Argentina mengalahkan Brazil 1-0.

Tiga pemain Manchester City terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan di Melbourne Australia hari Jumaat dengan Argentina mengalahkan Brazil 1-0.

Galeri Foto

Galeri penandatanganan Ederson