quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Ederson setuju sertai Manchester City

Manchester City dengan sukacitanya mengumumkan yang Ederson bersetuju untuk menyertai kelab dari Benfica pada 1 Julai ini.

Penjaga gol pasukan Brazil Bawah-23 itu akan tiba secara rasmi di Stadium Etihad pada musim panas ini selepas menyerlah bersama pasukan juara Portugal sepanjang musim 2016/17.

Beliau akan menjadi pemain keempat Brazil di Manchester City disamping Fernandinho, Fernando dan Gabriel Jesus dan merupakan salah seorang penjaga gol muda paling menyinar di dunia bola sepak kini.

Dilahirkan di Santana de Moraes, Ederson yang kini berusia 23 tahun telah memulakan kariernya bersama Sao Paulo FC dengan menghabiskan masa selama dua tahun sebelum menyertai Divisyen Kedua Portugis, Ribeirao pada tahun 2011.

Image result for ederson small

Pemain remaja yang berbakat ini telah bermain sebanyak 30 perlawanan sebelum ditandatangani Liga Pertama Portugal, Rio Ave hanya selepas semusim.

Beliau kekal di Rio Ave selama tiga musim dengan tampil sebanyak 63 kali di kesemua kejohanan dan menarik perhatian banyak kelab-kelab besar Portugal termasuk Benfica yang telah membelinya dengan harga sekitar £500,000.

Selepas bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama Benfica, beliau telah bermain beberapa perlawanan untuk Benfica B yang pada mulanya. 

Kemudian beliau menggantikan pilihan pertama penjaga gol Benfica yang juga penjaga gol No. 1 pasukan kebangsaan Brazil, Julio Cesar sepanjang kempen 2016/17 dan membantu Benfica menjuarai liga utama dan piala domestik Portugal.

Image result for ederson small

Memiliki kelebihan refleksi dan distribusi bola yang cemerlang, pemain berkaki kidal ini turut cepat mengesan potensi bahaya dengan tangkas mengamankannya.

Reputasinya untuk penyelamatan titik kosang (point-blank) menjadikannya penjaga gawang popular di kalangan para penyokong Benfica.

Beliau berkata: “Saya suka segalanya tentang Manchester City. Kelab ini hebat dengan liga yang ada di England dan mereka mempunyai para peminat yang menakjubkan, dan bermain bola sepak menarik. Saya sentiasa impikan untuk bermain dalam bola sepak Inggeris dan kini impian saya jadi nyata.

“Dengan Pep Guardiola, City semakin berkembang. Beliau telah membina pasukan ini dengan para pemain muda untuk masa depan. Ia faktor penting dalam membuat keputusan saya.

Image result for ederson

“Manchester City mempunya skuad yang hebat. Saya rasa mereka telah melalui musim yang bagis. Musim depan, kami perlu memberi tumpuan untuk mencapai sasaran memenangi banyak piala.”

Pengarah Bola Sepak City berkata: “Kami gembira dapat membawa masuk Ederson ke Manchester City. Dia adalah merupakan salah seorang penjaga gol muda terbaik Eropah kini dan akan menjadi edisi tambahan penting dalam skuad untuk musim depan dan musim-musim seterusnya.

“Dia masih muda dan mempunyai segala kualiti yang anda inginkan sebagai penjaga gol berkelas dunia, dan saya rasa dia akan cukup serasi dalam skuad kami.”

Selamat Datang Ederson! Bem-Vindo!

Berita Pasukan Utama

Brazil kalah tipis kepada Argentina

Tiga pemain Manchester City terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan di Melbourne Australia hari Jumaat dengan Argentina mengalahkan Brazil 1-0.

Tiga pemain Manchester City terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan di Melbourne Australia hari Jumaat dengan Argentina mengalahkan Brazil 1-0.

Galeri Foto

Galeri penandatanganan Ederson

Wawancara

Ederson tidak sabar mula beraksi buat City