quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Brazil kalah tipis kepada Argentina

Tiga pemain Manchester City terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan di Melbourne Australia hari Jumaat dengan Argentina mengalahkan Brazil 1-0.

Para peminat City mengharapkan penyerang Gabriel Jesus tidak cedera teruk selepas terpaksa menamatkan perlawanan awal apabila berlanggar dengan rakan sepasukan Nicolas Otamendi.

Image result for otamendi argentina 1-0 brazil friendly

Pasukan Argentina meraih kemenangan melalui gol tunggal Gabriel Mercado dari jarak dekat selepas cubaan tandukan Otamendi melepasi palang sebelum masa rehat.

Perlawanan telah berlangsung di Padang Kriket Melbourne dengan dua negara Amerika Selatan tersebut bertarung semasa cuti Musim Panas sebagai persiapan ke Piala Dunia tahun depan di Rusia.

Image result for gabriel jesus argentina 1-0 brazil friendly

Gabriel sentiasa menjadi ancaman lawan di pembukaan perlawanan, sementara Fernandinho menjadi tonggak di bahagian tengah.

Penyerang City, Jesus hampir dua kali menjaringkan gol namun cubaan pertamanya dapat dihadang oleh penjaga gol Manchester United, Sergio Romero sebelum lantunan bola percubaan keduanya cuba disudahi Willian namun terkena tiang.

Image result for otamendi argentina 1-0 brazil friendly

Ketika Jesus cuba merampas bola di udara, beliau terjatuh dan terlanggar Otamendi yang kemudiannyan lengan dan siku pemain pertahanan City tersebut terkena muka dan terhentak ke bahu Gabriel.

Selepas beberapa minit menerima rawatan, Jesus terpaksa diusung keluar padang. Kami akan melaporkan perkembangan kecederaan Gabriel Jesus di laman sosial selepas disahkan tahap kecederaannya nanti oleh petugas kesihatan pasukan kebangsaan Brazil.

Image result for gabriel jesus argentina 1-0 brazil friendly

Galeri Foto

Galeri penandatanganan Ederson

Wawancara

Ederson tidak sabar mula beraksi buat City

Galeri Foto

Ilkay Gundogan kembali berlatih