quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Foden pamer permainan satu tahap lagi

Ingat nama ini. Phil Foden.

Itu pesanan dari bos Manchester City, Pep Guardiola selepas permainan memukau diperagakan oleh pemain tengah muda kelahiran Stockport, Manchester dalam kekalahan 2-0 kepada Manchester United di Houston, Amerika Syarikat.

Dengan tahap permainan yang ditunjukkan Foden, Guardiola malah mencadangkan pemain yang baru berusia 17 tahun itu dapat kekal bersama pasukan utama sepanjang musim ini.

Ketika ditanya tentang midfielder England itu, Guardiola mengulas: “Saya tiada kata-kata untuk diungkapkan – Saya ingin mempunyai kata-kata sesuai untuk menjelaskan apa yang telah saya saksikan.

“Anda (media dan para peminat) bertuah dapat menyaksikan permainan pertamanya dalam kesebelasan utama untuk pasukan utama kami.

“Ia agak lama saya tidak menyaksikan permainan sebegitu rupa. Persembahannya adalah di satu tahap lagi. Dia baru berumur 17 tahun, dia pemain City, membesar di Akademi City, dia cintakan kelab ini, dia peminat City dan buat kami ia satu anugerah.

“Dia akan kekal berlatih bersama-sama kami sepanjang pramusim dan mungkin akan kekal bersama kami musim ini kerana dia seorang yang istimewa.”

A CITY UNITED: Phil Foden in action

Guardiola dapat merasakan banyak perkara positif boleh diambil dari perlawanan tersebut secara keseluruhan walaupun tewas.

“Ia perlawanan pertama kami di pramusim ini, latihan bagus, satu pasukan sudah bersedia satu langkah lagi, sudah bermain dua permainan sebelumnya.

“Ia satu ujian fizikal, kami telah saksikan banyak perkara baik boleh diambil, mereka merbahaya dari segi serangan.

“Kami telah bermain agak bagus, terutamanya di separuh masa kedua dan beberapa minit babak pertama juga, prestasi sebahagian pemain amat bagus. Kini kita rehat, kemudian bertemu Real Madrid Rabu ini.”

 

 

 

Berita Pasukan Utama

Kompany: ‘’Houston derbi ada kelebihan’’

Galeri Foto

Fokus Derby: Persediaan Blues menguji United

Galeri Foto

Fokus Derby: Persediaan Blues menguji United