quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City v Tottenham: Apa kata Pengurus kelab

Guardiola sangat berpuas hati dengan prestasi pemain semasa jelajah AS

Pep Guardiola berkata dia sangat berbangga dengan formasi para pemain selepas Manchester City membenam Tottenham 3-0 di Stadium Nissan, Nashville.

Jaringan gol daripada John Stones, Raheem Sterling dan Brahim Diaz masing-masing memberi kemenangan bergaya kepada City selepas pasukan itu menundukkan Real Madrid pada Rabu lepas dan meraih kemenangan kedua yang mengagumkan dalam masa tiga hari.

Image result for pep guardiola city 3-0 spurs nashville

Guardiola berkata dia sangat gembira dengan cara pasukannya bermain dalam menghadapi perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris lagi dua minggu.

 ‘’Saya sangat gembira dengan penglibatan semua pemain,’’ katanya. ‘’Sememangnya keputusan akhir adalah penting untuk memberi keyakinan dan bagaimana cara kami mendapatkannya, prestasi kami sangat bagus.

Image result for pep guardiola city 3-0 spurs nashville

 ‘’Saya juga sangat berpuas hati terutamanya dengan dua perlawanan terakhir ini – tiada yang cedera, jadi kami boleh pulang, rehat secukupnya dan bersedia.’’

City sekali lagi bermain dengan tiga pemain di kawasan pertahanan dan menguasai bola sepanjang perlawanan berlangsung.

Vincent Kompany, Nicolas Otamendi dan Stone memberi pertahanan yang kuat di hadapan Ederson, manakala Kyle Walker dan Danilo menguasai bahagian sisi.

Image result for pep guardiola city 3-0 spurs nashville

Tetapi Guardiola berkata sistem ini akan berubah dan menekankan bahawa dia mahu pemain-pemainnya untuk menjadi lebih fleksibel dan taktikal semasa musim perlawanan.

 ‘’Kualiti yang ada pada Kyle dan Danilo adalah sangat fizikal. Kadang-kala kami akan bermain dengan tiga pemain pertahanan tapi mungkin dengan empat pemain pertahanan selepas ini.’’

Apa Kata Media

Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Gosip: Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Kini pasukan Manchester City kembali ke England selepas dua minggu berkempen untuk jelajah pramusim AS – dan kurang dari dua minggu, Liga Perdana Inggeris akan bermula, spekulasi perpindahan pemain kian rancak.

Berita Manchester City dan desas-desus perpindahan pemain di seluruh dunia media

Laporan Perlawanan

City tundukkan Spurs 3-0 di Nashville

City menutup jelajah pramusim Amerika Syarikat penuh bergaya tundukkan Tottenham Hotspur 3-0 di Nashville.

Laporan perlawanan penutup International Champions Cup edisi Amerika Syarikat Manchester City menentang Spurs

Berita Pasukan Utama

Pep: Cabaran menanti bintang-bintang City

Pep Guardiola percaya perlawanan persahabatan yang dilalui City sepanjang pramusim akan membantu City ke tahap baru musim 2017/18 yang bakal menjelang nanti.

City telah menyempurnakan pembelian enam pemain baru setakat ini dengan barisan pemain muda yang berbakat yang akan memberi cabaran sekiranya semua kekal cergas