quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City akan berlatih di kem latihan Girona

City akan berlatih di kem latihan Girona

City akan berlatih di kem latihan Girona

Manchester City akan mengembara ke Catalonia untuk latihan pendek musim panas pada tengah bulan ini

Pep Guardiola akan mengambil kesempatan masa lapang mereka dalam minggu pertama awal musim untuk melatih skuadnya selama empat hari di kem latihan di Sepanyol selepas perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris di Brighton 12 Ogos ini sebelum perlawanan pertama di laman sendiri pada 21 Ogos menghadapi Everton di Stadium Etihad.

Kem latihan ini akan memberi peluang kepada bos Manchester City itu untuk bekerjasama dengan skuadnya yang penuh selepas beberapa ketiadaan beberapa pemain yang cedera semasa jelajah pramusim AS yang lepas.

Semasa lawatan itu nanti, City akan bermain melawan Girona dalam perlawanan persahabatan di Stadium Municipal de Montilvi yang mana merupakan perlawanan akhir sebelum penglibatan pertama bersejarah mereka (Girona) dalam saingan La Liga 

Pengarah Bolasepek; Txiki Begiristain berkata: ‘’Lawatan ini merupakan peluang yang sangat bagus untuk Pep dalam melatih skuadnya di kem latihan intensif. Pep juga tidak mempunyai banyak masa untuk melatih dengan seluruh pasukan kerana kami mempunyai beberapa pemain yang perlu terlibat dalam tugasan antrabangsa.

‘’Perlawanan ini sendiri menjanjikan satu tontonan yang hebat kerana Girona akan membuat persediaan akhir untuk penglibatan pertama kali mereka dalam La Liga.’’

Perlawanan persahabatan itu akan berlangsung pada hari Selasa 15 Ogos pukul 6:30 petang (waktu Sepanyol) bersamaan pukul 12.30 malam Rabu 16 Ogos.

Berita Pasukan Utama

City v Tottenham: Apa kata Pengurus kelab

Apa Kata Media

Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Gosip: Adakah City dapat menarik masuk Alexis Sanchez?

Kini pasukan Manchester City kembali ke England selepas dua minggu berkempen untuk jelajah pramusim AS – dan kurang dari dua minggu, Liga Perdana Inggeris akan bermula, spekulasi perpindahan pemain kian rancak.

Berita Manchester City dan desas-desus perpindahan pemain di seluruh dunia media

Laporan Perlawanan

City tundukkan Spurs 3-0 di Nashville

City menutup jelajah pramusim Amerika Syarikat penuh bergaya tundukkan Tottenham Hotspur 3-0 di Nashville.

Laporan perlawanan penutup International Champions Cup edisi Amerika Syarikat Manchester City menentang Spurs