quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kompany: ‘’Houston derbi ada kelebihan’’

LEADER: Vincent Kompany in training

LEADER: Vincent Kompany in training

Kapten Manchester City; Vincent Kompany akui akan ada perasaan yang pelik ketika menghadapi musuh derbi United pada sesi jelajah US di Houston

Pertahanan lebih arif tentang cabaran yang diberikan oleh derbi kepada mereka sejak 2008.

Namun bagaimanapun, pertemuan Khamis ini di Stadium NRG adalah perlawanan pra-musim dan dia mengakui bahawa perlawanan ini mempunyai kelebihan.

Kata Kompany: ‘’Kami selalu menentang United dalam konteks yang sukar walaupun ia adalah perlawanan persahabatan tetapi saya tidak akan bermain seperti perlawanan persahabatan kali ini.

 ‘’Yang utamanya adalah untuk melihat sentimen derbi dan membuatkan perlawanan ini menjadi sengit tetapi dalam pada masa yang sama, kami dapat belajar daripadanya kerana ini adalah perlawanan pra-musim.’’

Kompany bercakap mengenai kesihatan fizikalnya selepas mengalami ganguan kecederaan dalam kempen 2016/17 yang lepas. 

Kapten itu berkata: ‘’Sebab utama saya masih disini adalah saya tidak pernah meragui diri sendiri, walau hanya sesaat.

View original post

‘’Setiap kali saya mulakan rentak, saya yakin yang saya tidak akan cedera. Saya sangat positif, penuh motivasi dan apabila kamu menentang dengan pemain-pemain seperti ini, kamu hanya perlu melihat pada diri sendiri untuk mengatahui samada kamu berada di tahap yang betul.

 ‘’Saya sudah berusaha keras, orang di sekeliling saya faham dan keadaan ini membuatkan saya tidak sabar untuk bermain dan membantu skuad pada musim seterusnya.’’

 ‘’Saya suka untuk berfikir yang saya masih boleh memperbaiki hanya dengan melihat pemain dan mendengar nasihat pengurus walau saya tidak bermain di atas padang, saya rasa itu sudah cukup untuk menjadi lebih baik,’’ tambahnya.

 ‘’Kamu tidak boleh biarkan takut itu datang. Kamu berlatih, bermain dan diurus oleh orang sekeliling kamu, saya lebih suka kalau sesuatu yang buruk berlaku diatas padang dari merubah diri sendiri. Saya akan berjabat tangan dengan semua orang dan berterima kasih atas pengalaman itu apabila hari itu datang.

 ‘’Semua orang perlu percaya dengan keputusan saya kali ini. Saya sudah banyak kali cedera, saya bukan doktor tetapi tanpa mempunyai diploma, saya mungkin sudah sampai ditahap yang mana kamu boleh mendapatkannya!’’

Sementara itu, Kompany sangat kagum setakat ini dengan pemain baru Kyle Walker.

 ‘’Benda pertama yang kamu nampak adalah sikapnya yang bagus dan berusaha keras semasa latihan – saya rasa dia akan menjadi lebih baik dan mampu membantu skuad untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

 ‘’Dia boleh pergi jauh dengan kadar ini dan boleh membantu kami dari segi pertahanan merupakan kombinasi yang bagus.’’

Galeri Foto

Fokus Derby: Persediaan Blues menguji United

Galeri Foto

Fokus Derby: Persediaan Blues menguji United

Galeri Foto

Fokus Derby: Persediaan Blues menguji United