quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami masih intai tiga pemain baru

Pengurus Manchester City menghadapi wartawan untuk pertama kali dalam sesi jelajah Amerika Syarikat di Houston menjelang derbi Manchester julung kali di luar UK.

Pep Guardiola mengakui sedang masih berunding untuk mendatangkan tiga atau empat pemain baru menjelang musim baru 2017/18.

Photo published for Pep: Kami masih intai tiga pemain baru

Beliau berhadapan dengan para wartawan menjelang pertemuan dengan Manchester United di Stadium NRG, Houston pada malam Jumaat waktu tempatan Amerika Syarikat dan mendedahkan untuk menambah kekuatan skuadnya sebelum jendela perpindahan ditutup pada akhir bulan Ogos.

Ketika ditanya secara terperinci tentang khabar tentang pemain pertahanan kanan Real Madrid asal Brazil, Danilo, Pep menegaskan: “Kami mempunyai pilihan beberapa pemain untuk didatangkan namun selagi rundingan belum muktamad sebagai menghormati kelab-kelab lain saya tidak ingin mengulas apa-apa, tapi beliau adalah salah seorang dari pilihan kami.”

Image result for danilo real madrid

Kemudian media turut menanyakan tentang bek penuh Monaco, Benjamin Mendy dan Guardiola menambah: “Sama kesnya dengan Danilo dan yang lain-lain, kami mempunyai para pemain sasaran dan kita sama-sama lihat apa yang akan berlaku. Dia masih seorang pemain Monaco, jadi saya tidak boleh mengulas panjang.”

Walau apapun nama-nama yang menjadi sasaran, Guardiola telah menambah tiga pemain baru ke dalam skuadnya iaitu Ederson, Kyle Walker dan Bernardo Silva untuk persediaan musim 2017/18 dengan menegaskan setiap penandatangan pemain baru dilakukan untuk jangka masa panjang.

Image result for welcome kyle walker city

“Kami masih berunding untuk tiga atau empat pemain lagi dengan kontrak tiga, empat dan lima tahun – mereka semua pemain muda. Kita sama-sama lihat nanti.”

Perlawanan malam Jumaat menentang kelab jiran, Manchester United merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan di luar UK.

“Perlawanan sebegini amat penting, saya tidak pernah datang ke Houston sebelum ini, tapi ia tetap perlawanan derbi jadi para peminat di sini ingin lihat bagaimana kita boleh bermain, mencuba perkara-perkara baru dan menyesuaikan para pemain baru dalam skuad.”

Image result for manchester city vs manchester united bee

Seperti dimaklumkan sebelum ini kedua-dua pasukan akan memakai jersi berlambangkan lebah Manchester sebagai tanda solidariti berikutan serangan di Manchester bulan Jun lalu.

Selain para peminat boleh mendapatkan lambang sama di jersi-jersi mereka bernilai £3, lelongan jersi-jersi para pemain kedua-dua pasukan yang telah dipakai selepas perlawanan nanti turut akan dilakukan

Hasil dari cetakan lambang lebah dan lelongan akan disalurkan untuk Tabung Kecemasan ‘We Love Manchester’ bagi membantu keluarga-keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang tercedera dalam trajedi tersebut.

Image result for manchester city vs manchester united international champions cup

* Perlawanan akan berlangsung hari Khamis, 20 Julai jam 8.30 malam waktu tempatan Houston bersamaan pukul 9.30 pagi hari Jumaat waktu Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan oleh HyppTV dan  tidak oleh penyiar Astro. Harap maklum.

Galeri Foto

Jelajah USA: Galeri Hari Kedua, Houston

Galeri Foto

Jelajah USA: Galeri Hari Pertama, Houston

Galeri Foto

Jelajah USA: Galeri perjalanan