quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Cabaran menanti bintang-bintang City

Pep Guardiola percaya perlawanan persahabatan yang dilalui City sepanjang pramusim akan membantu City ke tahap baru musim 2017/18 yang bakal menjelang nanti.

City telah menyempurnakan pembelian enam pemain baru setakat ini dengan barisan pemain muda yang berbakat yang akan memberi cabaran sekiranya semua kekal cergas.

Menjelang perlawanan terakhir dalam sesi jelajah di Amerika Syarikat menetang Tottenham di Stadium Nissan, Nashville, Guardiola berkata yang beliau percaya ia memberi tekanan sihat untuk para pemainnya.

“Jika anda ingin bersaing dengan pasukan-pasukan besar, anda perlukan para pemain yang bersaing untuk merebut tempat dalam pasukan, jadi mereka merasakan jika mereka tidak bermain dengan bagus pemain lain akan mengambil posisi mereka.

“Saya perlu berlaku adil dengan apa yang saksikan semasa latihan dan perlawanan, bukan apa yang telah saya lihat di masa lampau. Ia bagus untuk mereka.

“Setiap pemain akan bermain, saya seorang pengurus yang sentiasa melakukan kerap penggliran sepanjang musim bukan  kesebelasan yang sama setiap kali perlawanan.

Salah seorang pemain yang hampir kembali beraksi selepas terlepas sebahagian besar musim lalu akibat kecederaan adalah Ilkay Gundogan, 26, dengan pemain tengah Jerman itu begitu mendambakan untuk kembali bermain.

SCREAM: Gundogan screams in joy

“Gundogan mempunyai kualiti istimewa, tapi kami perlu berhati-hati dengannya, dia telah cedera agak lama di masa lalu. Bakatnya? Tiada diragui tentangnya. Dia seorang yang amat bijak, sangat cepat dengan bola, dia dapat membaca segalanya dan apabila berhampiran dengan kotak penalti dia ibarat mesin.

Menyentuh perlawanan terakhir pramusim dalam saingan International Champions Cup menentang Tottenham Hotspur, Pep menambah, "Spurs satu pasukan bagus dengan ramai pemain berkualiti, ia akan menjadi ujian bagus buat kami.

Dalam dua perlawanan sebelumya sepanjang sesi jelajah Amerika Syarikat, City tewas 0-2 kepada Manchester United sebelum menang bergaya 4-1 menumbangkan juara bertahan Eropah, Reald Madrid Rabu lalu.

Sementara itu John Stones yang mengiringi pengurus mengulas yang beliau merasa puas dengan musim pertamanya di City.

“Sesiapa sahaja yang saya bermain ia sentiasa pengalaman yang bagus dan saya banyak belajar darinya.

“Terdapat ramai pemain handal dalam pasukan, kami semua bersaing satu sama lain merebut posisi dan ia satu persaingan yang sihat.

“Saya telah maklumkan kepada Pep selepas tamat musim pertama saya yang ia satu pengalaman berharga buat saya, amat positif pada pandangan saya.

Image result for pep guardiola john stones

“Saya telah banyak belajar dengan kejohanan baru, Liga Juara-Juara Eropah. Saya merasakan lebih matang sebagai seorang pemain. Oleh sebab itu saya berpindah ke sini, untuk memperbaiki diri sebagai seorang pemain dan individu yang lebih baik.”

* Perlawanan menentang Spurs akan berlangsung hari Sabtu, 29 Julai jam 5 petang waktu USA bersamaan pukul 6 pagi Ahad, 30 Julai waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Info Perlawanan: City vs Tottenham

Manchester City akan menutup perlawanan jelajah pramusim AS dengan menentang pesaing Liga Primier Tottenham di Nashville pada malam Sabtu. Ia akan menjanjikan pertembungan yang menarik dan kami telah menganalisis beberapa titik perbincangan yang penting

Titik-titik perbincangan penting diantara perlawanan City dan Tottenham

Apa Kata Media

De Bruyne pertahan polisi pengambilan pemain

Berita Pasukan Utama

Diaz rendah hati dengan gol ke atas Real Madrid

Brahim Diaz Abdelkader cepat merendah diri atas gol hebatnya menentang Real Madrid dalam kemenangan bergaya 4-1 di Los Angeles.

Pemain berusia 17 tahun asal Sepanyol itu menghasilkan gol cantik ala Hollywood, gol keempat City ke atas pasukan bimbingan Zinedine Zidane di Coliseeum, LA