quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep jelaskan strategi perpindahan pemain City

Pengurus Manchester City mengumumkan yang kelab sedang membina skuad untuk kejayaan berpanjangan buat beberapa tahun mendatang semasa sidang media di Los Angeles.

City akan berhadapan dengan Real Madrid malam Khamis di Coliseum,Los Angeles dalam perlawanan kedua International Champions Cup selepas menambah dua pemain baharu sejak perlawanan pertama menenentang Manchester United minggu lalu.

Salah seorang pemain tersebut adalah Benjamin Mendy, 23, akan terlepas bermain berikutan kecederaan ringan, namun Danilo, 26,  dalam pemilihan skuad.

Penjaga gol baru, Ederson, 23, dan pemain tengah Bernardo Silva, 22, yang tiba lebih awal menjadikan purata usia skuad turun mendadak berbanding sebelumnya.

“Kami tidak merubah banyak pendekatan kami musim ini. Sudah tentu kami akan dinilai dengan jumlah piala yang dirangkul, tapi kami telah melakukannya dengan bagus musim lalu.

“Kami perlu menukar para pemain kerana skuad sedia ada semakin berusia. Kami merubah bukan hanya untuk jangka masa pendek tapi untuk masa empat, lima, enam tahun akan datang.

Berkenaan Mendy, Guardiola menambah: “Mendy seorang pemain berfizikal kuat, boleh menyerang, masih muda.. dan seorang yang lucu, kami amat berpuas hati beliau telah memutuskan untuk menyertai kami.”

Sementara Danilo yang mempunyai bakat serba boleh pula jelas menjadi faktor penarik kemasukannya dalam skuad dengan Pep mengatakan: “Danilo boleh bermain di pelbagai posisi – dia seorang pemain dengan penuh potensi dan saya bersyukur dia di sini bersama kami.”

* Perlawanan persahabatan pramusim menentang Real Madrid akan berlangsung hari Rabu, 26 Julai jam 8 malam waktu Los Angeles, Amerika Syarikat bersamaan pukul 11 pagi Khamis, 27 Julai waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

10 Perkara anda perlu tahu: Benjamin Mendy

Galeri Foto

#BlueMendy: Galeri penandatanganan

Berita Pasukan Utama

Man City tandatangani Mendy

Manchester City sukacita mengumumkan penandatangangan Benjamin Mendy dari AS Monaco.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 23 tahun itu telah menandatangani perjanjian lima tahun dengan kelab dan akan memakai jersi No.22.