quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Diaz rendah hati dengan gol ke atas Real Madrid

Brahim Diaz Abdelkader cepat merendah diri atas gol hebatnya menentang Real Madrid dalam kemenangan bergaya 4-1 di Los Angeles.

Pemain berusia 17 tahun asal Sepanyol itu menghasilkan gol cantik ala Hollywood, gol keempat City ke atas pasukan bimbingan Zinedine Zidane di Coliseeum, LA dalam saingan persahabatan International Champions Cup.

Gol tersebut menambah gol-gol awal Nicolas Otamendi, John Stones dan Raheem Sterling memperkemaskan lagi persiapan pramusim melawan juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah tersebut.

Image result for brahim diaz city 4-1 real madrid


Sama seperti Phil Foden yang seusia dari Akademi City yang telah mempersembahkan permainan hebat ketika menentang Manchester United di Houston minggu lalu, Diaz mencatat nama di hadapan penonton seramai 93, 098 yang bintangnya akan terus menyinar.

Diaz yang menyertai Akademi City dari Malaga tahun 2015 ketika usia 15 tahun berkata, “Ia satu perasaan amat indah, namun prestasi pasukan itu paling penting.

“Ia hanyalah perlawanan persahabatan tapi kami sentiasa mahu menang bila melawan Real Madrid.

“Bermain untuk City satu perkara besar buat saya. Ia satu pasukan besar, saya cintakan City, para peminat begitu hebat, pasukan ini dan segala kemudahan juga mengagumkan.”

Laporan Perlawanan

City tumbangkan Real Madrid di Los Angeles

Manchester City mempersembahkan permainan memukau dengan membenakam juara Eropah 12 kali, Real Madrid 4-1 di Coliseum, Los Angeles dalam saingan International Champions Cup pagi Khamis.

Kedua-dua pasukan dipertemukan semula selepas kali terakhir di semifinal Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/16 dengan City kalah tipis dengan agregat 1-0 pencapaian terbaik Blues di pentas Eropah.

Galeri Foto

Galeri: Latihan Terbuka di Los Angeles

Galeri Foto

Galeri: Latihan Terbuka di Los Angeles