quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Info Perlawanan: City vs Tottenham

Manchester City akan menutup perlawanan jelajah pramusim AS dengan menentang pesaing Liga Primier Tottenham di Nashville pada malam Sabtu. Ia akan menjanjikan pertembungan yang menarik dan kami telah menganalisis beberapa titik perbincangan yang penting

Perlawanan akhir City pada jelajah pramusim di AS adalah ujian yang sukar menentang Spurs di Nashville – segalanya yang anda perlu tahu…

Bila dan dimana?

Stadium Tenessee Titans’ Nissan merupakan tempat perlawanan persahabatan akhir untuk kempen jelajah pramusim AS, sepak mula pada pukul 5:00 petang (waktu tempatan) hari Sabtu 29 Julai.

Waktu tempatan untuk penyokong-penyokong di UK pada pukul 11:00 malam dan 6.00 pagi Ahad waktu tempatan Malaysia..

Anda boleh mengikuti perlawanan secara langsung di 'Matchday Centre' kami di laman web mancity.com dan kami juga akan sentiasa mengemas kini laman Twitter semasa perlawanan berlangsung.

Jika anda mahu menonton perlawanan di televisyen, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang perlawanan secara langsung di mana sahaja anda berada melalui senarai global TV.

Muat turun aplikasi City Matchday untuk Android dan juga iOS.

Image result for man city vs spurs nashville

Berita pasukan

City: Pemain-pemain baru Benjamin Mendy, Ilkay Gundogan dan David Silva yang masih lagi cedera tidak akan bermain untuk perlawanan kali ini dengan harapan mereka dapat bersedia dengan perlawanan pertama musim baru menentang Brighton.

Bernardo Silva dan Claudio Bravo juga tidak akan menyertai skuad selepas penglibatan mereka dalam Piala Konfiderasi pada musim panas ini.

Spurs: Mauricio Pochettino akan bermain tanpa empat pemain utama dan juga Danny Rose, Heung-Min Son, Erik Lamela dan Moussa Sissoko yang cedera semasa jelajah mereka di AS.

Sebelum ini

Pertembungan terakhir antara dua pasukan ini adalah semasa akhir Januari 2017 dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Etihad.

Jaringan gol dari Leroy Sane dan Kevin De Bruyne masing-masing membawa City di hadapan pasukan lawan dengan 2-0 sebelum Dele Alli dan Heung-Min Son menjaringkan gol penyamaan.

Gabriel Jesus membuat penampilan pertama untuk City sebagai pemain gantian untuk 10 minit terakhir dan menjangkakan dia akan memberi kejuaraan untuk kelab tetapi usahanya ditolak kerana ofsaid.

Apa Kata Media

De Bruyne pertahan polisi pengambilan pemain

Berita Pasukan Utama

Diaz rendah hati dengan gol ke atas Real Madrid

Brahim Diaz Abdelkader cepat merendah diri atas gol hebatnya menentang Real Madrid dalam kemenangan bergaya 4-1 di Los Angeles.

Pemain berusia 17 tahun asal Sepanyol itu menghasilkan gol cantik ala Hollywood, gol keempat City ke atas pasukan bimbingan Zinedine Zidane di Coliseeum, LA

Berita Pasukan Utama

Pep bangga dengan semangat berpasukan City

Pep Guardiola teruja dengan cara pasukannya menentang Real Madrid dan mengatakan keputusan perlawanan adalah perkara kedua.

City kelihatan begitu bertenaga dan tajam sepanjang perlawanan yang menghiburkan dalam kejohanan persahabatan International Champions Cup di Los Angeles yang menyaksikan mereka berjaya menundukkan kelab gergasi La Liga dengan jaringan 4-1.