quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Perubahan enam jadual perlawanan EPL

Enam jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester City musim 2017/18 telah diubah untuk tayangan siaran langsung TV.

Perlawanan pembuka di Brighton kini diubah ke jam 5.30 petang waktu UK bersamaan pukul 12.30 malam waktu Malaysia.

Sementara perlawanan menentang Everton pada hari Isnin 21 Ogos kini diubah ke pukul 8 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Selasa waktu Malaysia.

Kunjungan pasukan Pep Guardiola ke Bournemouth telah diawalkan pada jam 12.30 tengahari waktu UK, Sabtu 26 Ogos bersamaan pukul 7.30 malam waktu Malaysia. Begitu juga perlawanan menentang Liverpool pada hari Sabtu 9 September.

Sementara perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge pada hari Sabtu, 30 September kini dilewatkan ke jam 5.30 petang waktu UK bersamaan pukul 12.30 malam waktu Malaysia.

Manakala perlawanan dengan Arsenal di Stadium Etihad yang pada asalnya dijadualkan pada hari Sabtu, 4 November kini dipindah ke hari Ahad, 5 November dan waktu perlawanan belum diputuskan. Ia akan bergantung berikutan penglibatan the Gunners dalam Liga Europa.

Kami akan memaklumkan sebarang perubahan jadual perlawanan sepanjang musim baru nanti.

Perubahan jadual setakat ini:

Brighton (A) – Sabtu 12 Ogos, 5.30 pm UK

Everton (H) – Isnin 21 Ogos, 8 pm UK

Bournemouth (A) – Sabtu 26 Ogos, 12.30 pm UK

Liverpool (H) – Sabtu 9 September 12.30 pm UK

Chelsea (A) – Sabtu 30 September 5.30 pm UK

Arsenal (H)- Ahad 5 November TBC

 

Galeri Foto

Sepuluh debut City terbaik sejak beberapa tahun

Galeri Foto

Sepuluh debut City terbaik sejak beberapa tahun

Apa Kata Media

Visi jangka panjang Pep untuk City

Tiada nama baru dikaitkan dengan City di dada akhbar haru Rabu, namun nama-nama sedia ada terus hangat diperkatakan…

Pep Guardiola akui seronok dengan musim pertamanya di Manchester City namun akur kesukaran kelab menempatkan diri menjadi antara kelab elit Eropah