quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

10 Perkara anda perlu tahu: Benjamin Mendy

Berikut 10 perkara yang anda perlu tahu tentang bek kiri baru City..

1 Lahir dan dibesarkan

Dilahirkan di Longjumeau, Perancis pada 17 Julai 1994.

Related image

2 Bermula awal

Beliau memulakan karier bola sepak profesional  dengan penampilan pertama untuk Le Harve hanya beberapa minggu selepas hari jadinya yang ke-17.

Image result for benjamin mendy le havre

3 Cepat menyinar

Mendy hanya tampil dalam kesebelasan utama senior sebanyak 64 kali ketika beliau ditandangani Marseille, hanya beberapa hari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-19.

Image result for benjamin mendy marseille joined

4 Bintang remaja

Beliau secara kerap diturunkan untuk pasukan Perancis di pentas antarabangsa dengan mewakili negaranya di peringkat Bawah-16, 17, 18, 19 dan 21 - dengan keseluruhan 58 penampilan dalam tempoh tujuh tahun. 

5 Antarabangsa penuh

Mendy tampil buat pertama kali untuk pasukan senior Perancis ketika menentang Luxembourg pada bulan Mac 2017 dan setakat ini telah mewakili Les Bleus sebanyak empat kali.

Image result for benjamin mendy france v luxembourg

6 Pertalian dengan City

Mendy merupakan rakan sepasukan bersama bekas pemain graduan Akademi City asal Belanda, Karim Rekik semasa di Marseille. Beliau juga akan disatukan semula dengan bekas rakan sepasukan di AS Monaco, Benardo Silva yang telah menyertai City lebih awal sedikit darinya.

Image result for Abou Diaby

7 Perpindahahan kontroversi

Mendy telah menyertai pasukan seteru utama Marseille iaitu Monaco pada tahun 2016 selepas bermain sebanyak 101 perlawanan sepanjang masa tiga tahun di Stade Velodrome.

Image result for benjamin mendy signed for monaco

8 Kempen Hebat

Beliau menghabiskan masa hanya setahun di Monaco dengan tampil sebanyak 38 kali dan menjaringkan satu gol yang membantu pasukan negara kecil di selatan Perancis itu menjuarai Ligue 1 dan berjaya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah dan Coupe de France musim lalu. 

Image result for benjamin mendy celebration ligue 1 trophy

9 Pengiktirafan Ligue 1 

Prestasi cemerlang Mendi untuk Monaco telah membawanya diiktiraf untuk dinamakan dalam Pasukan Terbaik Tahunan Ligue 1 bagi musim 2016/17.

Image result for benjamin mendy france U19

10 Bintang media sosial

Mendy mempunyai pengikut akaun Twitter @benmendy23 yang agak ramai iaitu sekitar 238,000 pengikut dan 463,000 pengikut di Instagram benmendy23 dimana pesanan Tweet dan foto diposkan akaun Instagramnya sering membawa seribu tanda tanya yang memberikan tafsiran masing-masing di kalangan para pengikut platform media sosial tersebut.

Image result for mendy instagram union jack shirt

Selamat Datang Benjamin Mendy! #MendyBlue

Galeri Foto

#BlueMendy: Galeri penandatanganan

Berita Pasukan Utama

Man City tandatangani Mendy

Manchester City sukacita mengumumkan penandatangangan Benjamin Mendy dari AS Monaco.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 23 tahun itu telah menandatangani perjanjian lima tahun dengan kelab dan akan memakai jersi No.22.

Berita Pasukan Utama

10 Perkara anda perlu tahu: Danilo