quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kyle Walker: 10 Fakta Menarik

Sepuluh fakta yang anda perlu tahu tentang pemain yang baru ditandatangani Man City…

1 Latarbelakang ‘Blades’

Kyle memulakan kariernya di Sheffield United dimana beliau menjadi pemain termuda dalam sejarah kelab tampil di Wembley apabila Blades bermain menentang Burnley dalam perlawanan playoff Championship musim 2008/09.

Image result for kyle walker sheffield united

2 Bintang pinjaman

Beliau menyertai Tottenham pada usia 19 tahun selepas hanya tampil tujuh kali untuk pasukan senior Sheffield United, namun dipinjamkan semula ke Blades untuk musim 2009/10. Semenjak itu dia dipinjamkan ke Northampton Town, QPR dan Aston Villa dengan bermain secara keseluruhan 46 perlawanan untuk tiga kelab.

3 Antarabangsa

Beliau telah mewakili England sebanyak 27 kali begitu juga tampil untuk pasukan England Bawah-19 dan Bawah-21.

 Related image

4 Mental Juara

Sepanjang tempohnya di Spurs dan pinjaman di Aston Villa, Walker tampil sebanyak 198 kali dalam Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan lima gol. Dari 198 perlawanan beliau meraih kemenangan sebanyak 107 kali dan kalah hanya 39 kali.

5 Pertahanan dan Serangan

Beliau hanya terbolos 206 gol dalam 198 perlawanan dan membantu 18 jaringan gol.

Image result for kyle walker spurs

6 Anugerah

Pada tahun 2011 Walker telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik Euro Bawah-21.

7 PFA

Pada tahun 2012 pula, Kyle dianugerahkan Pemain Muda Terbaik PFA sejurus musim pertamanya di Tottenham bersama pasukan utama, mengatasi Sergio Aguero yang turut tercalon pada musim yang sama.

Image result for kyle walker PFA player

8 Konsisten

Beliau dua kali dinamakan dalam Pasukan Tahunan Terbaik PFA iaitu tahun 2011/12 dan 2016/17, dan musim lalu beliau telah bermain sebanyak 33 kali dalam Liga Perdana Inggeris dengan Spurs mengakhiri musim 2016/17 di tempat kedua carta, posisi tertinggi dalam masa 54 tahun.

9 Warisan Yorkshire

Bekas rakan sepasukannya di Spurs dan sahabat baik, Danny Rose hanya sebulan muda dari Walker dan kedua-duanya telah bermain melawan satu sama lain semasa zaman persekolahan di Yorkshire. Mereka bertembung semasa Walker dipinjamkan di QPR dan Rose pula dipinjamkan sementara di Bristol City dengan perlawanan berakhir seri 1-1.

Image result for kyle walker and danny rose

10 Gladiator

Filem kegemaran Kyle adalah Gladiator dan heronya adalah pemain legenda Sheffield United, Brian Deane.

Selamat Datang Kyle Walker!

Apa Kata Media

Mbappe cuba direbut Real Madrid dari City?

Dengan hanya tiga hari sahaja lagi sebelum skuad Manchester City terbang ke Amerika Syarikat untuk sesi jelajah pramusim, gosip perpindahan pemain turut semakin rancak.

Kyle Mbappe, Kyle Walker, Benjamin Mendy jadi liputan media yang dikaitkan dengan City pada hari Jumaat...

Apa Kata Media

Bertrand dan Mendy telah dibida rasmi City?

Ryan Bertrand telah dikaitkan dengan perpindahannya ke City sepanjang musim panas dan hari ini media percaya beliau telah dibida secara rasmi.

Dani Alves disambar PSG, Mendy beri petanda ke England dan Manchester City naik antara 10 terbaik Eropah..

Galeri Foto

City terus gigih berlatih di hari ketiga