quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kyle Walker sertai City untuk kontrak lima tahun

Manchester City sukacita mengumumkan menandatangani pemain antarabangsa England, Kyle Walker.

Pemain pertahanan kanan itu berpindah dari Tonttenham dengan perjanjian lima tahun dan memilih menyarung jersi No.2

Beliau menjadi pemain ketiga ditandatangani City musim panas ini mengikut jejak langkah Bernardo Silva dan Ederson Moraes.

“Saya teruja ditandatangani City dan tidak sabar untuk mula beraksi,” ujar Walker.

“Pep Guardiola merupakan salah seorang pengurus yang paling dihormati di dunia dan saya merasakan beliau dapat membantu permainan saya ke tahap baru.”

Txixi Begiristain, Pengarah Bola Sepak Kelab menambah, “Kyle merupakan bek penuh yang hebat, seorang yang berupaya menghasilkan kualiti di kedua-dua bahagian padang.

“Kami telah mengikuti perkembangannya di Spurs dan amat kagum dengan apa yang ditunjukkan. Beliau kini merupakan salah seorang bek penuh terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dan diturunkan secara kerap untuk pasukan kebangsaan England.

“Saya pasti beliau akan mencipta kejayaan di Manchester City pada musim ini dan seterusnya.”

Walker telah memulakan kerjayanya di Sheffield United dimana beliau menghabiskan masa dipinjamkan sekejap ke Northampton sebelum kembali semula ke Bramhall Lane dan menyerlah dalam beberapa perlawanan terakhir musim 2008-09 dalam Sheffield berjaya bermain dalam perlawanan playoff Championship.

Pemain berusia 27 tahun telah ditandatangani Spurs pada musim panas tersebut dan secara serta merta dipinjamkan ke Sheffield sebagai sebahagian dari syarat perjanjian untuk pembangunan berterusan.

Namun selepas beberapa bulan pertama musim 2009/10 beliau dipanggil kembali oleh Spurs dan tampil dalam dua perlawanan bersama pasukan senior.

Kemudiannya beliau dipinjamkan ke QPR dan Aston Villa untuk menimba pengalaman bersama pasukan utama dan tahun 2011 beliau kembali ke White Hart Lane dan semenjak itu menjadi pilihan pertama bek kanan.

Beliau tampil sebanyak 228 kali buat Tottenham Hotspur di semua kejohanan dengan menjaringkan empat gol dan pada musim lalu telah membantu pasukan kendalian Mauricio Pochettino menjadi naib juara Liga Perdana Inggeris, posisi tertinggi dicapai dalam era baru liga.

Penampilan pertamanya buat England dalam kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol tahun 2011. Beliau tampil sebanyak 27 kali buat the Three Lions dan paling terkini diturunkan sebagai pemain gantian dalam kekalahan 3-2 kepada Perancis di Stade de France, perlawanan persahabatan 13 Jun lalu.

Setiap kami di Manchester City mengalu-alukan kedatangan Kyle dan selamat maju jaya dalam memulakan kariernya di Stadium Etihad.

Apa Kata Media

Mbappe cuba direbut Real Madrid dari City?

Dengan hanya tiga hari sahaja lagi sebelum skuad Manchester City terbang ke Amerika Syarikat untuk sesi jelajah pramusim, gosip perpindahan pemain turut semakin rancak.

Kyle Mbappe, Kyle Walker, Benjamin Mendy jadi liputan media yang dikaitkan dengan City pada hari Jumaat...

Apa Kata Media

Bertrand dan Mendy telah dibida rasmi City?

Ryan Bertrand telah dikaitkan dengan perpindahannya ke City sepanjang musim panas dan hari ini media percaya beliau telah dibida secara rasmi.

Dani Alves disambar PSG, Mendy beri petanda ke England dan Manchester City naik antara 10 terbaik Eropah..

Galeri Foto

City terus gigih berlatih di hari ketiga