quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aleks Kolarov sertai Roma

Pemain pertahanan City, Aleksandar Kolarov telah menyertai AS Roma secara kekal.

Bek asal Serbia itu menghabiskan masa selama tujuh tahun di Stadium Etihad dimana dalam tempoh tersebut telah menyaksikannya menjulang dua kali piala Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan dua Piala Liga (Capital One Cup).

Image result for aleks kolarov kiss

Beliau akan menyertai pasukan Itali tersebut di Boston dalam Jelajah Pramusim di Amerika Syarikat untuk memulakan lembaran baru kariernya menyertai bekas rakan sepasukan City, Edin Dzeko.

“Ketika saya datang ke City tahun 2010, secara jujur saya tidak menjangka untuk bermain di sini begitu lama,” ujar Kolarov. “Hari ini tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal. Segalanya berlaku begitu pantas sejak beberapa hari lalu. Buat saya, ia hari yang amat sedih.

“Di segenap segi kelab ini ini telah bertambah baik bukan sahaja 100 peratus tapi 200 peratus. Kini City menjadi sebuah kelab lebih bagus berbanding ketika saya mula-mula tiba di sini. Saya bangga menjadi sebahagian dari pembangunan kelab ini.

Image result for aleks kolarov kiss

“Bagi saya, ia satu penghormatan untuk bermain dengan menyarung jersi ini.”

Kolarov telah menyertai City dari Lazio tahun 2010 dan pada akhir musim pertamanya, City menamatkan kemarau 35 tahun trofi utama dengan kemenangan ke atas Stoke di final Piala FA di Wembley.

Tahun berikutnya pula telah menyaksikan City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris semenjak 44 tahun dengan kemenangan penuh dramatik ke atas QPR, merampasnya di minit-minit terakhir dari Manchester United.

Pada musim 2013/14 pula telah menyaksikan City menjulang dua piala, iaitu Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga dengan Kolarov bermain selama 90 minit di Wembley bulan Februari sebelum beraksi dalam perlawanan terakhir kemenangan ke atas West Ham untuk menjamin kejuaraan kedua Liga Perdana Inggeris dalam masa tiga tahun.

Pada musim tersebut Kolarov telah bermain dalam 44 perlawanan di kesemua kejohanan dengan City mencatat 156 gol keseluruhan.

Satu lagi Piala Liga diraih berikutan kemenangan ke atas Liverpool tahun 2016 sebelum City mencatat sejarah berjaya mara hingga ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah pada tahun yang sama.

 Image result for aleks kolarov kiss

Musim lalu, 2016/17 di bawah kendalian Pep Guardiola, beliau diletakkan di posisi separa tengah dalam beberapa perlawanan yang menunjukkan bakatnya yang serba boleh dan dapat bermain dalam beberapa sistem.

Secara keseluruhan, beliau tampil sebanayk 244 kali buat City dan menyumbangkan sebanyak 21 gol dari posisi pertahanan.

Setiap kami di Manchester City mengucapkan terima kasih atas sumbangannya selama tujuh tahun bersama kelab dan selamat maju jaya di Itali bersama Roma.

Berita Pasukan Utama

Pep: Foden pamer permainan satu tahap lagi

Laporan Perlawanan

City tewas 2-0 kepada United di Houston

Pertemuan pertama Manchester City menentang Manchester United di luar UK pagi Jumaat berakhir dengan kekalahan, namun banyak perkara positif boleh diambil dari perlawanan persahabatan tersebut.

Selepas acara ringkas memperingati mangsa-mangsa serangan di Manchester Arena sebelum perlawanan bermula dengan persembahan cahaya memukau, seramai 67,401 penonton hadir di Stadium NRG kemudiannya dihidangkan dengan pertemuan bersejarah kedua-dua pasukan merah dan biru.

Berita Pasukan Utama

Kompany: ‘’Houston derbi ada kelebihan’’