quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Danilo sertai Manchester City

Manchester City sukacita mengumumkan penandatanganan Danilo Luiz da Silva dari Real Madrid.

Pemain pertahanan kanan asal Brazil itu ditandatangani untuk kontrak lima tahun dan kini menyertai rakan-rakan sepasukan City di Los Angeles dalam Jelajah Pramusim Amerika Syarikat menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya Real Madrid Rabu ini.

“Saya amat gembira menyertai Manchester City,” ujar Danilo selepas bersetuju dengan terma-terma peribadi dan lulus ujian kesihatan.

“Terdapat banyak minat dari kelab-kelab lain tapi ia sentiasa menjadi cita-cita saya untuk bermain buat Pep Guardiola. Sebaik sahaja saya mendengar minatnya terhadap saya, saya tahu serta merta saya ingin menjadi pemain City.

Photo published for #WelcomeDanilo | Brazilian joins City

“Saya tidak sabar untuk mula dan mengenali rakan-rakan sepasukan baru dalam beberapa minggu ini.”

Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain berkata yang beliau gembira dapat menambat pemain Brazil tersebut. “Danilo merupakan pemain bagus yang menawarkan kemahiran serba boleh dalam skuad kami,” katanya.

“Dia boleh bermain di beberapa posisi pertahanan dan bahagian tengah, menambahkan lagi pilihan Pep menjelang musim baru nanti.

“Kami rasa dia mempunyai segala ciri-ciri yang diperlukan untuk berjaya di City dan kami tidak sabar untuk membantu membangunkannya sepanjang tempoh beliau di sini.”

2010: Danilo in the colours of Santos

Danilo yang perpindahannya bergantung kelulusan permit kerja telah memulakan karier seniornya di America Mineiro dimana beliau telah memain peranan penting membantu pasukan dipromosi dari Serie C sebelum menyertai Santos tahun 2010 dimana beliau menghabiskan masa dua musim penuh kejayaan.

Bersama-sama Neymar dan Alex Sandro beliau begitu menyerlah dan tahun 2011 membantu pasukannya menjuarai liga utama Brazil dan Copa Libertadores dengan bermain 37 perlawanan di kesemua kejohanan.

2012: Danilo celebrates scoring for Brazil with Real Madrid's Marcelo during the 2012 London Olympics

Beliau telah beraksi di kedua-dua perlawanan akhir Copa Libertadores, pertamanya di posisi pemain tengah sentral dan kedua di bek kanan serta menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Penarol yang menyaksikan mereka menjulang piala paling berharga bola sepak Amerika Selatan.

Selepas bermain dalam Piala Dunia FIFA 2012, beliau telah berpindah ke Eropah dengan menyertai Porto dan membantu pasukan menjuarai liga utama Portugal, Primeira Liga dua tahun berturut-turut dengan kekuatan dan prestasi bek penuh yang mantap telah menjadikannya sebagai salah seorang pemain paling dikehendaki di Portugal.

2014: Danilo pictured during Leon Osman's testimonial at Goodison Park

Beliau kemudian telah menarik perhatian banyak kelab-kelab besar Eropah dan pada musim panas 2015 Danilo berpindah ke Real Madrid dengan yuran perpindahan 31.5 juta Euro untuk kontrak enam tahun.

Secara keseluruhan beliau telah bermain 55 kali untuk Los Blancos, menjuarai satu La Liga, dua Liga Juara-Juara Eropah, satu Piala Super UEFA dan satu Piala Dunia Kelab FIFA.

2017: Family man Danilo with young son as Real celebrate another title

Danilo telah memilih untuk menyarung jersi No.3 buat Manchester City.

Setiap kami di Manchester City mengalu-alukan Danilo menjadi sebahagian dari keluarga kelab. Selamat Datang Danilo, Bem-Vindo!

Berita Pasukan Utama

Aleks Kolarov sertai Roma

Pemain pertahanan City, Aleksandar Kolarov telah menyertai AS Roma secara kekal.

Bek asal Serbia itu menghabiskan masa selama tujuh tahun di Stadium Etihad dimana dalam tempoh tersebut telah menyaksikannya menjulang dua kali piala Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan dua Piala Liga.

Berita Pasukan Utama

Pep: Foden pamer permainan satu tahap lagi

Laporan Perlawanan

City tewas 2-0 kepada United di Houston

Pertemuan pertama Manchester City menentang Manchester United di luar UK pagi Jumaat berakhir dengan kekalahan, namun banyak perkara positif boleh diambil dari perlawanan persahabatan tersebut.

Selepas acara ringkas memperingati mangsa-mangsa serangan di Manchester Arena sebelum perlawanan bermula dengan persembahan cahaya memukau, seramai 67,401 penonton hadir di Stadium NRG kemudiannya dihidangkan dengan pertemuan bersejarah kedua-dua pasukan merah dan biru.