quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep bangga dengan semangat berpasukan City

Pep Guardiola teruja dengan cara pasukannya menentang Real Madrid dan mengatakan keputusan perlawanan adalah perkara kedua.

City kelihatan begitu bertenaga dan tajam sepanjang perlawanan yang menghiburkan dalam kejohanan persahabatan International Champions Cup di Los Angeles yang menyaksikan mereka berjaya menundukkan kelab gergasi La Liga dengan jaringan 4-1.

“Keputusan perlawanan bukanlah satu perkara amat penting namun cara kami berjuang antara satu lain itu yang utama.

“Ia hanyalan perlawanan pramusim, seperti perlawanan terakhir menentang Manchester United dimana kami telah kalah banyak perkara baik boleh diambil.

“Jika kami bermain dengan intensiti sama seperti ini, ia merupakan impian kami untuk lebih stabil dan mantap, dan sudah tentu Kyle Walker, Danilo serta Mendy akan membantu kami menambah intensiti ini.

“Sebagaimana yang telah saya katakana, keputusan perlawanan tidaklah perkara utama, tapi cara kami bertarung untuk satu sama lain dalam pasukan itu yang paling penting.

“Kami perlu membina sesuatu, ia hanyalah perlawanan persahabatan pramusim.”

Bos City turut memuji Kevin De Bruyne yang telah membantu tiga gol pertama dengan permainan yang tiada tandingannya, penuh kreatif dan kerja keras.

Image result for kevin de bruyne city 4-1 real madrid

“Ia sukar mencari seorang pemain berkualiti sepertinya, pemain ini penuh semangat juang, hantarannya dan melakukan banyak perkara.

“Semenjak ketibaanya, say rasa Kevin ketika keadaannya penuh optimis dia boleh memperagakan permainan sebegini dan ia payah untuk menemui seorang pemain dengan kualiti sepertinya, bersemangat, melakukan hantaran yang cantik dan membantu jaringan gol. Dia boleh lakukan apa sahaja yang dia mahu.”

Image result for ederson city 4-1 real madrid

Penjaga gol baru City, Ederson Moraes telah telah melakukan banyak penyelamatan dan pengagihan bolanya penuh keyakinan dan imaginatif yang mendapat pujian dari bos City.

“Kami tahu kualitinya, dia masih muda, perlahan-perlahan menjadi penjaga gawang utama pasukan kebangsaan Brazil. Kami hanya perlu cuba membantunya memahami Bahasa Inggeris lebih baik. Kali ini dia telah menyelamatkan banyak percubaan, dia ada kualiti untuk membaca situasi-situasi dengan bola di kakinya, juga.

Image result for ederson city 4-1 real madrid

“Kami katakan betapa bagusnya Danilo boleh bermain, bagaimana beliau dan Kyle Walker mengatur barisan empat pertahanan kami, membantu berkomunikasi dan seterusnya, dan kemudian kami ada Yaya dengan personalitinya dan cintakan bermain bola sepak. Saya suka berlatih dengan para pemain yang cintakan bola sepak.

 Image result for yaya city 4-1 real madrid

“Anda hanya berikan dia bola dan dia akan seronok. Tidak mudah menentang para pemain Real. Yaya telah memberi sumbangan besar hari ini.”

Pep turut mengkhabarkan kecederaan tiga pemain dengan menambah, “David Silva mungkin akan bersedia untuk permulaan musim baru, tapi Mendy mengalami kecederaan otot dan perlu masa dua atau tiga minggu, kami tidak mahu menanggung risiko. Ilkay juga masih belum bersedia.”

Galeri Foto

Galeri: Latihan Terbuka di Los Angeles

Galeri Foto

Galeri: Latihan Terbuka di Los Angeles

Galeri Foto

Galeri: Latihan Terbuka di Los Angeles