quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Man City tandatangani Mendy

Manchester City sukacita mengumumkan penandatangangan Benjamin Mendy dari AS Monaco.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 23 tahun itu telah menandatangani perjanjian lima tahun dengan kelab dan akan memakai jersi No.22.

Beliau akan menyertai rakan-rakan sepasukan barunya di Amerika Syarikat dimana Pep Guardiola dan skuadnya dalam persiapan perlawanan kedua pramusim menentang Real Madrid di Los Angeles pada malam Khamis ini (9 pagi Jumaat Malaysia) dalam saingan International Champions Cup.

“Saya amat gembira menyertai Manchester City,” ujar Mendy. “City merupakan salah satu kelab ternama di Eropah kini dan mereka ada Pep Guardiola, pengurus yang komited dalam bermain bola sepak menyerang.

“Saya pasti dalam beberapa tahun lagi mereka akan mencapai kejayaan gemilang.

Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain berkata: “Benjamin mempunyai segala kualiti yang kami cari untuk seorang bek penuh. Bagi seorang pemain muda sepertinya, dia telah mempunyai pengalaman kaya di tahap tinggi.

“Dia tanpa disangkal lagi merupakan salah seorang bek penuh terbaik dunia dan menjadi sasaran utama kami untuk posisi ini. Kami gembira mempunyainya di Manchester City.

“Saya pasti beliau akan membuktikan sebagai tambahan hebat untuk skuad kami.”

Image result for benjamin mendy marseille

Mendy telah memulakan kariernya bersama Le Havre dimana beliau telah bermain dalam 50 perlawanan liga sebelum menyertai Marseilles pada tahun 2013.

Beliau menyerlah di Stade Velodrome tampil sebanyak 101 kali untuk tiga musim dan memahat namanya dengan reputasi sebagai salah seorang bek penuh terbaik di Perancis.

Musim panas lalu, beliau telah menyertai AS Monaco untuk kontrak lima tahun dan ketibaannya di kelab telah membawa perubahan jelas untuk pasukan kendalian Leonardo Jardim.

Image result for benjamin mendy monaco

Kekuatan Mendy di bahagian kiri menjadi kunci gaya permainan menyerang Monaco yang telah membawa mereka menjuarai Ligue 1 dan sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah dan Coupe de France dengan menjaringkan 159 gol di kesemua kejohanan, jumlah tertinggi antara liga-liga utama Eropah.

Kehebatan mereka di pentas Eropah begitu terserlah dengan menewaskan Tottenham Hotspur di kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum menyingkirkan City di 16 akhir diikuti Borussia Dortmund di suku akhir.

Permainan Mendy diperakui di akhi musim lalu di Perancis apabila beliau dinamakan dalam Pasukan Terbaik Tahunan Ligue 1, dan dikenali sebagai salah seorang pemain pertahanan penuh terbaik dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Image result for benjamin mendy france

Beliau tampil buat kali pertama untuk pasukan senior Perancis pada bulan Mac dan kini sudah mewakili empat kali Les Bleus.

Setiap kami di Manchester City mengalu-alukan kedatangan Benjamin ke kelab. Selamat Datang Benjamin Mendy!

Berita Pasukan Utama

10 Perkara anda perlu tahu: Danilo

Galeri Foto

#WelcomeDanilo: Galeri Penandatanganan

Berita Pasukan Utama

Danilo sertai Manchester City

Manchester City sukacita mengumumkan penandatanganan Danilo Luiz da Silva dari Real Madrid.

Pemain pertahanan kanan asal Brazil itu ditandatangani untuk kontrak lima tahun dan kini menyertai rakan-rakan sepasukan City di Los Angeles dalam Jelajah Pramusim Amerika Syarikat.