quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

10 Perkara anda perlu tahu: Danilo

Berikut 10 perkara yang anda perlu tahu tentang bek kanan baru Manchester City...

1 Apa ada pada nama?

Nama penuhnya adalah Danilo Luiz da Silvada dilahirkan di Bicas, bandar kecil di wilayah Minas Gerais, Brazil pada 15 Julai 1991

 

 

2 Membesar dengan bola

Beliau menghabiskan masa enam tahun pertamanya dalam karier bola sepak bersama América Futebol Clube – menyertainya pada umur 12 tahun dan melalui pembangunan sistem remaja kelab serta membantu mereka dipromosi dari Divisyen Ketiga pada tahun 2009.

Image result for danilo luiz América Futebol Clube

3 Debut Brazil 

Beliau tampil kali pertama untuk pasukan senior Brazil ketika menentang Argentina pada tahun 2010 ketika berumur 20 tahun dan mewakili negaranya sebanyak 15 kali sehingga kini.

Image result for danilo luiz brazil

 

4 Berpindah ke Santos 

Pada tahun 2010, beliau menyertai kelab gergasi Brazil, Santos dan sempat bermain disamping bekas pemain City, Robinho dan Elano semasa kempen musim 2010/11.

Image result for danilo footballer with santos

5 Serba boleh

Beliau kemudian menyertai FC Porto pada Januari 2012 dengan yuran perpindahan sekitar £10 juta dan serta merta menyerlah selepas digandingkan dengan Alex Sandro di bahagian bek sayap.

Image result for danilo luiz footballer brazil debut

6 Ke Real

Pada Julai 2015, Danilo sertai Real Madrid dengan yuran perpindahan €31.5 juta dan kontrak enam tahun membawa beliau bersaing di posisi sama dengan Dani Carvajal

Image result for danilo luiz familia

7 Olimpik

Beliau meraih pingat perak Sukan Olimpik selepas Brazil menjadi naib juara kepada Mexico di Sukan Olimpik London 2012.

Related image

8 Piala-Piala

Belliau merangkul kejuaraan liga di Brazil, Portugal dan Sepanyol bersama-sama dua piala Liga Juara-Juara Eropah dengan Real Madrid. 

Related image

9 Ancaman Gol

Danilo boleh menyempurnakan sepakan penalti dan beliau mencatat 25 gol sebagai pemain pertahanan dari 257 penampilan sepanjang kariernya di peringkat kelab.

Related image

10 Dua belah kaki

Sebagai seorang bek penuh tipikal Brazil, beliau cepat dan minda menyerang, serta boleh menendang bola dengan kedua-dua kaki , kiri atau kanan serta menjaringkan beberapa gol hebat di peringkat kelab.

Galeri Foto

#WelcomeDanilo: Galeri Penandatanganan

Berita Pasukan Utama

Danilo sertai Manchester City

Manchester City sukacita mengumumkan penandatanganan Danilo Luiz da Silva dari Real Madrid.

Pemain pertahanan kanan asal Brazil itu ditandatangani untuk kontrak lima tahun dan kini menyertai rakan-rakan sepasukan City di Los Angeles dalam Jelajah Pramusim Amerika Syarikat.

Berita Pasukan Utama

Aleks Kolarov sertai Roma

Pemain pertahanan City, Aleksandar Kolarov telah menyertai AS Roma secara kekal.

Bek asal Serbia itu menghabiskan masa selama tujuh tahun di Stadium Etihad dimana dalam tempoh tersebut telah menyaksikannya menjulang dua kali piala Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan dua Piala Liga.