quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City sahkan perpindahan Gabriel Jesus

Manchester City sukacita mengalu-alukan ketibaan Gabriel Jesus di Stadium Etihad.

Pemain berusia 19 tahun itu telah disahkan perpindahannya dari Palmeiras dan bersedia untuk pemilihan skuad menentang Tottenham Hotspur, Sabtu ini.

Beliau menghabiskan masanya di Palmeiras dengan membantu kelab menjuarai liga utama Brazil sejak tahun 1994.

Beliau menjadi pemain keenam ditandatangani City di bawah era Pep Guardiola apabila bersetuju untuk berpindah musim panas lalu dengan City dilaporkan telah menewaskan bidaan dari kelab-kelab besar Eropah lain.

Namun begitu, beliau kekal di Palmeiras sehingga saingan liga Brazil selesai untuk menyempurnakan komitmennya kepada pasukan yang beliau telah bermain sepanjang karier profesionalnya.

Selepas membantu mereka menjuarai liga pada bulan November dengan baki dua perlawanan, beliau kini sudah berada di Manchester untuk memulakan persiapan kehidupan baharunya dalam skuad utama Guardiola.

“City adalah kelab yang sentiasa bersaing untuk merebut juara dalam semua pertandingan yang mereka sertai, jadi ia merupakan faktor penting dan disebabkan oleh pengurus, Guardiola dan skuad,” ujar Gabriel.

NOMBOR AJAIB: Gabriel Jesus menyarung jersi No.33 untuk City

“Beliau merupakan satu-satunya pengurus yang menelefon saya, Guardiola, jadi saya amat gembira, dengan segala apa yang telah dilakukan, beliau bijak, jadi keinginan saya untuk bekerja dengannya dan belajar lebih darinya setiap hari, begitu juga para pemain lain dalam skuad.”

Menyentuh prospek merangkul lebih banyak piala, Jesus menambah: “Ya, itu sebahagian sebab mengapa saya memilih untuk datang ke sini, saya mahu menjuarai banyak kejohanan dan Manchester City adalah satu kelab yang biasa meraihnya.”

Pengarah Bola Sepak kelab, Txixi Begiristain, percaya yang Jesus adalah pemain yang amat berkualiti “Gabriel secara teknikalnya pemain berbakat yang telah diburu oleh sebahagian kelab-kelab besar Eropah, dan kami gembira beliau telah memutuskan untuk menyertai City,” ujarnya.

Gabriel Jesus holds up his new shirt, bearing the number 33

“Dia ada potensi untuk menjadi salah seorang penyerang terbaik dan kami tidak sabar untuk menyaksikan beliau membangunkan kariernya di sini, di Manchester.

“Saya rasa dengan Pep Guardiola sebagai pengurus dan skuad yang kami sedia ada di sini, Jesus mempunyai platform sempurna untuk beliau mencapai potensi penuhnya.”

Jesus telah memulakan karier di peringkat amatur bersama Clube Pequeninos do Meio Ambiente pada usia 8 tahun sebelum berpindah ke Associacao Atletica Anhanguera.

Pada Julai 2013, beliau telah menyertai Palmeiras dan kemudiannya memecah rekod akademi kelab dengan menghasilkan 54 gol dalam 48 perlawanan termasuk 37 dalam 22 perlawanan saingan Campeonato Paulista, kejohanan liga Brazil Bawah-17 pada tahun 2014.

Desakan dari para penyokong Palmeiras untuk melihat beliau dipromosi ke peringkat senior semakin kuat. Dikenali sebagai Gabriel Fernando, beliau diberikan jersi No.33 – bertepatan umur Nabi Isa meninggal dunia menurut kepercayaan masyarakat Kristian- dan pegawai media kemudiannya telah menggalakkannya menukar nama kepada Gabriel Jesus.

Image result for gabriel jesus palmeiras

Gabriel diturunkan bermain di peringkat senior pertama kali oleh pengurus Oswaldo de Oliveira pada 7 Mac 2015 dalam Campeonato Paulista pada minit ke-73 dalam kemenangan 1-0 ke atas CA Bragantino di Allianz Parque.

Gol profesional pertamanya hadir semasa beraksi di Agremiacao Sportiva Arapiraquense pada 15 Julai 2015, dan memenangi kedua-dua pertemuan dalam Copa do Brasil.

Beliau yang hanya berusia 18 tahun ketika itu kemudiannya dibimbing oleh pengurus Marcelo Oliveira, namun gol hebatnya hadir ketika menentang Cruzeiro dalam perlawanan 16 akhir Copa de Brazil yang membuatkan penjaga gol Fabio tersungkur di atas padang sebelum beliau menyudahinya dari sudut yang sempit.

Palmeiras kemudiannya menjuarai kejohanan dan merupakan kejuaraan pertama dirangkul Jesus dengan menewaskan Santos di final.

AKSI JESUS: Gabrierl mengatakan tidak sabar bermain untuk City

Pada akhir musim beliau telah dianugerahkan anugerah berprestij ‘Golden Boy’ oleh CBF, sebagai pengiktirafan atas kualiti prestasi permainannya pada usia begitu muda, dan minat dari kelab-kelab besar untuk mendapatkan khidmatnya, namun City yang berjaya menambat hatinya pada bulan Ogos lalu.

Sejak bersetuju menyertai revolusi Guardiola, perjalanan kariernya begitu menyerlah.

Image result for gabriel jesus olympic

Jesus telah menjaringkan tiga gol dari enam perlawanan dalam Brazil meraih pingat emas Sukan Olimpik Musim Panas acara bola sepak Bawah-23  di Rio, dan prestasinya telah menyaksikannya dipromosi ke skuad Brazil di mana beliau diberi jersi No.9 dan menghasilkan sembilan gol dari enam perlawanan termasuk dua dalam penampilan pertama senior menentang Ecuador.

Brazil telah memenangi kesemua enam perlawanan dimana beliau turut beraksi dan membantu pasukan berada di puncak carta CONMEBOL, kelayakan Piala Dunia 2018 peringkat kumpulan Amerika Selatan.

Kemudiannya pada bulan November, kariernya di Brazil sampai ke kemuncak apabila menjulang piala Liga Brazil. Beliau menjadi penjaring gol terbanyak Palmeiras dengan 12 gol dan begitu menyinar sepanjang musim kejuaraan.

Secara keseluruhan, Gabriel telah menghasilkan 28 gol dalam 85 perlawanan untuk pasukan Brazil.

Beliau akan menyarung jersi No.33 buat  City, nombor yang sama pernah dipakai oleh Vincent Kompany semasa mula-mula tiba di kelab dari Hamburg pada tahun 2008.

Setiap kami di Manchester City mengalu-alukan ketibaan Gabriel di kelab dan mengharapkan yang terbaik untuk kariernya di sini.

Berita Pasukan Utama

Kenyataan FA tentang Bacary Sagna

Berita Pasukan Utama

Kekalahan di Goodison pahit untuk ditelan

Berita Pasukan Utama

Pep: Kompany akan kembali lawan Everton