quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Para pemain muda buat kami bangga

PEP WATCH: The manager observes from the touchline on his 100th Champions League game as a manager.

PEP WATCH: The manager observes from the touchline on his 100th Champions League game as a manager.

Pep Guardiola tidak terlalu patah hati selepas kekalahan pertama City musim kepada Shakhtar Donetsk di Ukraine malam Khamis.

Selepas melakukan tujuh pertukaran pemain dari skuad yang mengalahkan West Ham Ahad lalu, bos City merasakan para pemain muda yang mengambil bahagian menentang Shakhtar menjadikan mereka dan kelab bangga.

Image result for pep guardiola shakhtar donetsk 2-1 manchester city

“Tahniah kepada Shakhtar, mereka telah bermain dengan bagus, tapi begitu juga kami,” ujar Pep.

“Kami telah bermula dengan baik tapi gol pertama mereka hebat, sementara yang kedua saya rasakan kami tidak bertahan begitu baik.

“Namun kami tetap berjuang, dan saya gembira untuk Tosin, Brahim dan Phil untuk bagaimana mereka bermain dengan baik dalam Liga Juara-Juara Eropah menentang satu pasukan yang amat bagus, Shakhtar Donetsk.

“Mereka kental dan para pemain yang berbakat, dan orang ramai boleh saksikannya. Kami datang ke sini untuk menang tapi kami tak dapat, namun kami tetap kekal berjuang hingga ke akhirnya mencuba untuk melakukannya.

“Kami telahpun layak, jadi kami cuba meletakkan seorang penyerang di hadapan dan merubah beberapa perkara sedikit.

“Kami dibantu oleh Fernandinho dalam penciptaan peluang-peluang kerana Tosin dan Mangala mempunyai kualiti lain dan kami telah mencipta banyak ruang cantik di luar petak penalti kerana mereka telah bermain bertahan dengan bagus sekali. Saya berpuas hati dan gembira atas prestasi permainan.”

Dengan City kini tahu enam kelab yang berpotensi menjadi lawan mereka di pusingan 16 akhir, Pep berkata dia tidak begitu risau siapa yang akan City dipertemukan dalam undian hari Isnin depan kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempon dua bulan sebelum perlawanan nanti.

“Dalam situasi-situasi sebegini dalam Liga Juara-Juara Eropah terdapat banyak orang bercakap tentang undian dan ia bergantung bagaimana prestasi pasukan tersebut pada masa itu, pada hari itu,” ujarnya.

Image result for pep guardiola shakhtar donetsk 2-1 manchester city

“Mungkin ada bagus hari dan dan bulan Februari nanti anda teruk atau sebaliknya. Ia akan sukar, terdapat tiga pencabar kuat [Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich] dan begitu juga pasukan-pasukan lain tapi kami akan cuba.

“Kini kami akan berehat dan akan terbang pulang esok untuk persiapan perlawanan derbi hari Ahad melawan Manchester United.”

Laporan Perlawanan

Rekod tanpa kalah City lebur di Shakhtar

City mengalami kekalahan pertama selepas lapan bulan dengan jaringan 2-1 kepada Shakhtar Donetsk di Ukraine dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Laporan perlawanan Shakhtar Donetsk 2 Man City 1

Berita Pasukan Utama

Pep: City tanpa Silva dan KDB lawan Shakhtar

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City lawan Shakhtar Donetsk