quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Senarai skuad City lawan Shakhtar Donetsk

BLUES: The team pose for a photo before kick-off

BLUES: The team pose for a photo before kick-off

Manchester City telah menamakan 20 pemain dalam skuad untuk rombongan ke Ukraine bagi perlawanan terakhir Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah menentang Shakhtar Donetsk.

Hanya dua pemain utama tidak tersenarai iaitu David Silva yang tidak cukup cergas dan Kevin De Bruyne yang digantung permainan.

Pemain muda Phil Foden, Brahim Diaz, Tosin Adarabioyo dan Daniel Grimshaw turut tersenarai.

Senarai penuh skuad menghadapi Shakhtar:

Claudio Bravo

Kyle Walker

Danilo

Vincent Kompany

Raheem Sterling

Ilkay Gundogan

Sergio Aguero

Eliaquim Mangala

Fabian Delph

Leroy Sane

Bernardo Silva 

Tosin Adarabioyo

Fernandinho

Nicolas Otamendi

Ederson

Daniel Grimshaw

Gabriel Jesus

Yaya Toure

Phil Foden

Brahim Diaz

Manchester City sudah layak ke peringkat 16 akhir dengan memenangi kesemua empat perlawanan peringkat kumpulan dan menduduki tempat teratas Kumpulan F. Dalam perlawanan pertama di Stadium Etihad pada 26 September lalu, jaringan gol De Bruyne dan Raheem Sterling menundukkan pelawat 2-0.

Image result for man city vs shakhtar donetsk result

Shakhtar memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mengiringi City ke pusingan seterusnya, sekiranya Napoli menang atau seri ke atas Feyenoord.

Perlawanan akan berlangsung di Donbass Arena pada hari Rabu, 6 Disember jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Undi sekarang! Pemain Terbaik Etihad November

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami tak pernah berhenti percaya

THE BOSS: Pep Guardiola delivers instructions

Pep Guardiola mengakui yang beliau lebih suka mematikan perlawanan lebih awal sebelum minit-minit terakhir dalam satu lagi kemenangan lewat permainan pasukannya.

Reaksi bos, Man City 2 West Ham 1

Laporan Perlawanan

Sentuhan gol Silva bawa kemenangan lawan West Ham