quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami kekal fokus untuk hadapi Newcastle

PEP WATCH: The manager takes his seat at the Etihad.

PEP WATCH: The manager takes his seat at the Etihad.

Pep Guardiola mengharapkan kualiti skuad City yang lebih ‘mendalam’ dalam tempoh jadual perlawanan yang padat di musim perayaan dan awal Tahun Baru.

Selepas meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas Bournemouth hari Sabtu lalu untuk melanjutkan rekod kepada 17 kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris, Citizens akan bertandang di St James Park menentang Newcastle United yang kembali dipromosi ke liga utama musim ini selepas menghilang satu musim.

Semasa menentang Cherries, bos City telah merehatkan beberapa pemain utamanya dengan melakukan penggiliran pemain sebagaimana semasa melawan Leicester dalam perlawanan suku akhir Piala Carabao.

Image result for leicester vs man city carabao cup pep guardiola

Pep telah ditanya wartawan sama ada faktor kepenatan akan memberi pengaruh dan impak ke atas prestasi pasukannya nanti dengan menjawab: “Saya rasa tidak.

“Mungkin ia akan berlaku, tapi kami mempunyai skuad yang cukup bagus.

Image result for leicester vs man city carabao cup gabriel jesus

“Gabriel Jesus tidak bermain semasa lawan Bournemouth kerana dia telah beraksi selama 120 minit menentang Leicester. Dia merupakan antara penyerang terbaik pernah saya saksikan dalam permainan menekan tinggi. Beliau telah banyak membantu kami dengan permainan intensiti tingginya.

Image result for man city 4-0 bournemouth bernardo silva

“Bernardo Silva telah bermain selama 30 minit dengan cemerlang menentang Bournemouth, begitu juga Ilkay Gundogan. Kami juga mempunyai Yaya Toure yang banyak membantu kami.

“Semasa melawan Leicester, Oleks Zinchenko merupakan Pemain Terbaik Perlawanan bagi saya, dan semasa menentang Bournemouth saya merehatkannya dan tidak termasuk dalam skuad.

Image result for leicester vs man city carabao cup pep guardiola

Ketika ditanya tentang Kevin De Bruyne dikeluarkan awal semasa melawan Bounemouth, Pep menjelaskan: “Kevin sebenarnya sakit dua tiga hari sebelum melawan Bournemouth, beliau demam dan muntah-muntah tapi dia kembali berlatih hari Jumaat selepas doktor membenarkannya dan kami turunkannya di awal perlawanan menentang Bournemouth.

Image result for man city 4-1 bournemouth kevin de bruyne 2017

“Tapi selepas 65-70 minit beliau mengadu kepenatan, lalu kami menggantinya.

“Kami ada waktu rehat selama empat hari sebelum lawan Newcastle, namun ia diikuti rapat dengan perlawanan menentang Palace dan Watford [31 Disember dan 2 Januari].

“Jadi para pemain yang tidak bermain di perlawanan sebelumnya akan bermain di perlawanan seterusnya.

Image result for man city 4-0 bournemouth 2017

“Kami terpaksa melakukannya [penggiliran] dan bermain dengan cara apa yang telah dilakukan kami sebelum ini.

“Cabaran kami kini adalah Newcastle, kami telah maklumkan kepada para pemain agar melupakan jadual perlawanan yang padat atau mengejar rekod.

“Kami akan terus bermain dengan intensiti tinggi, agresif sama ada dengan bola atau tanpa bola dan mengkaji cara permainan pasukan lawan untuk sesuaikan dengan cara permainan kami.”

 

* Perlawanan menentang Newcastle United akan berlangsung di St James' Park pada hari Rabu, 27 Disember jam 7.45 malam bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis, 28 Disember waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji kehebatan hubungan akrab pemain

Laporan Perlawanan

City terus lakar rekod baru benamkan Bournemouth

Celebration v Bournemouth

Manchester City masih tidak dapat dihentikan dan terus mencatat rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan 17 kemenangan berturut-turut selepas membenamkan Bournemouth 4-0 di Stadium Etihad.

Laporan perlawanan Man City 4 Bournemouth 0

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!